Sunday, November 30, 2008

kisah tentang rasulullah

Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah
s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau
mendengar seseorang di hadapannya bertawaf,
sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!"

Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim!
Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu
sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya
Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di
belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya
Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu
menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang
laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum
pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata:

"Wahai orang tampan! Apakah engkau memang
sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini
adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana
ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau
akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad
Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah
s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau
mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum,"
jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman
kepadanya?"

"Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya,
sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan
membenarkan perutusannya, sekalipun saya
belum pernah bertemu dengannya," kata orang
Arab badwi itu pula.

Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai
orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia
dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di
hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya
kepada dirinya.

"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi
s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua
kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah
s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya
berkata kepadanya:

"Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu.
Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh
hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah
mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang
takabbur yang meminta dihormati, atau
diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira
bagi orang yang beriman, dan membawa berita
menakutkan bagi yang mengingkarinya."

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa
berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad!
Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu
dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu,
agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah.
Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di
hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua
amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!"
Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian
pergi. Maka orang Arab itu pula berkata:

"Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika
Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan
hamba, maka hamba pun akan membuat
perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi
itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan
dengan Tuhan?" Rasulullah bertanya
kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan
dosa-dosa hamba, maka hamba akan
memperhitungkan betapa kebesaran
maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia
memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka
hamba akan memperhitungkan betapa keluasan
pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan
kekikiran hamba, maka hamba akan
memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka
Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan
betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu,
air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya.
Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya
berkata:

"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan
salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah
engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana
tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih
dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan
kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan
menghisab dirinya, juga tidak akan
memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah
mengampuni semua kesalahannya dan la akan
menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa
sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar
berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak
berdaya menahan keharuan dirinya. "

No comments: