Sunday, November 30, 2008

hadis-hadis rasulullah

HADIS 1:

Daripada Anas bin Malik r.a telah berkata Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: Tidak beriman salah seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi untuk saudaranya apa saja yang dia kasih untuk dirinya.


HADIS 2:

Daripada Abu Hurairah r.a telah berkata Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: Tanda-tanda orang munafiq ada tiga,1.apabila dia berkata dia dusta,2.apabila dia berjanji dia menyalahi,3.apabila di diberi amanah dia kianat.


HADIS 3:

Daripada Anas bin Malik r.a telah berkata Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: Jangan kamu benci-menbenci dan jangan kamu dengki-mendengki dan jangan kamu belakang-membelakangi jadilah kamu semua hamba allah yang bersaudara dan tidak halal untuk orang islam bahawa dia meniggalkan saudaranya lebih daripada tiga hari.

HADIS 4:

Daripada Ibnu Omar r.huma telah berkata Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: Sesiapa adalah dia bersumpah maka hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah s.w.t atau dia hendaklah dia diam.

No comments: