Sunday, November 30, 2008

hidayah

Hidayah merupakan intan berlian maknawi dan
rohani. Ia sangat berharga. Sesiapa yang
memilikinya dianggap orang kaya dan mulia. Dia
dianggap orang kaya Tuhan. Dia telah mendapat
banyak kebaikan.
Tetapi perlu diingat, hidayah seperti juga barang
berharga yang lain, ia boleh hilang. Oleh itu, ia
kenalah dijaga dengan sebaik-baiknya. Barang
yang hilang selalunya sukar untuk diperolehi
semula. Ada doa yang Allah ajar kepada kita di
dalam Al Quran:
''Rabbana la tuzigh qulubana ba'daizhadaitana
wahablana milladun karahmatan innaka antal
wahhab''.
Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, janganlah
Engkau gelincirkan hati-hati kami selepas Engkau
memberi kami petunjuk dan kurniakan kami dari
sisi-Mu akan rahmat. Sesungguhnya Engkau
adalah Maha Pemberi.'' (Ali Imran :8)

Bagaimana Menjaga Hidayah Agar Ia Kekal
1. Kita syukuri akan nikmat hidayah iti. Kita
rasakan bahawa ia nikmat dan pemberian yang
tidak ternilai.

2. Kita istiqamah mengamalkan syariat dengan
tekun serta penuh rasa bimbang kalau-kalau Allah
tarik semula hidayah yang telah kita perolehi itu.

3. Kenalah mujahadah selalu dengan penuh sabar
terutama di waktu-waktu malas hendak beribadah
dan terasa ringan hendak berbuat maksiat.

4. Selalu bergaul dengan kawan-kawan yang baik.
Ini sangat membantu kita menjaga syariat dan
terasa kuat dengan kawan.

5. Kalau kita ada pemimpin, jangan terlepas dari
pimpinannya. Pemimpin sentiasa memberi
nasihat, tunjuk ajar dan ilmu.

Sebab-Sebab Hidayah Ditarik Semula
1. Kita derhaka dengan guru yang pernah
mengajar kita dan kita lari dari pimpinannya.

2. Derhaka dengan kedua ibu bapa dan kita sia-
siakan mereka. Kita biarkan kehidupan mereka
tidak terurus dan terjaga. Lebih-lebih lagi kalau
mereka marah atau rasa tidak senang dengan kita.

3. Bila jiwa kita terpengaruh dengan dunia. Dengan
ibadah sudah tidak seronok dan sudah mula
terasa berat. Dengan halal haram sudah tidak
diambil kira. Rasa takut dengan Tuhan semakin
hilang.

4. Menzalimi orang. Dengan sebab menzalimi
orang, rasa takut dengan Tuhan sedikit demi
sedikit dicabut. Kemudian jadi cuai dan malas
beribadah. Begitulah seterusnya hingga hanyut
dalam maksiat.

5. Mula bergaul bebas dengan orang-orang yang
tidak menjaga syariat. Kemudian rasa seronok
dengan kebebasan itu. Rasa sedap, terlajak dan
terus hanyut dalam maksiat dan kemungkaran.

Apabila hidayah ditarik semula, hidup akan
terumbang-ambing. Tidak ada disiplin, tidak
istiqamah, malas beramal, jinak dan ringan dengan
maksiat, jiwa derita dan sengsara walaupun kaya
dan berharta.

Ampun maaf

Sumber rujukan: Us Hj Ashaari Muhamad

No comments: