Sunday, November 30, 2008

israk dan mikraj

NABI Muhammad SAW dalam perjalanan Israk
dan Mikraj juga dipertemukaan dengan beberapa
kaum yang muka mereka itu seumpama kertas
(berwarna putih). Beberapa kaum pula yang muka
mereka berwarna putih, tetapi berubah sedikit
(kurang putih).

Kaum yang berwajah kurang putih itu masuk ke
dalam sungai dan mandi dalamnya. Apabila keluar
dari sungai, wajah mereka berubah iaitu bersih
sedikit daripada yang asal.

Mereka masuk ke dalam sungai kedua. Apabila
keluar, wajah mereka bertambah bersih dan putih.

Mereka masuk pula ke sungai ketiga dan mandi
tiba-tiba muka mereka menjadi semakin putih dan
bersih.

Rasulullah bertanya: "Siapakah itu wahai Jibril?"

Jawab Jibril: "Ada pun muka mereka yang
berwarna putih itu ialah mereka yang tidak
mencampurkan iman dan perbuatan zalim dengan
membuat maksiat.

"Mengenai keadaan muka mereka yang bersih
sedikit itu ialah mereka yang menyempurnakan
amalan soleh dengan bercampur kejahatan, tetapi
akhirnya mereka bertaubat, lalu taubat mereka
diterima oleh Allah.

Dalam satu riwayat lain, mengatakan bahawa
dalam perjalanannya ituRasulullah terlihat umatnya
terbahagi kepada dua kumpulan.

Satu kumpulan memakai selendang putih dan satu
kumpulan lagi memakai selendang kelabu.

Apabila Rasulullah memasuki Baitul-Makmur,
Baginda diikuti oleh mereka yang memakai
selendang putih. Kemudian diikuti yang memakai
selendang kelabu.

Rasulullah pun menunaikan solat bersama segala
mukmin itu. Sejak itu Baitul-Makmur dipenuhi oleh
70,000 malaikat setiap hari dan tidak keluar lagi
hingga Hari Kiamat.

Baitul-Makmur terletak pada langit ketujuh di
bawah syurga dan berkebetulan bertentangan
dengan Kaabah di bumi.

Selepas bersolat, Rasulullah keluar dari situ
sambil diikuti mereka yang mengikuti Baginda
sejak tadi.

Kemudian Jibril membawa tiga bejana berisi air
yang berlainan kepada Rasulullah. Baginda
memilih bejana berisi susu untuk diminum.

Dengan pilihan itu, Jibril mengakui: "Engkau telah
memilih asal kejadian engkau serta umat engkau."

Lalu mereka pun diangkat ke Sidaratul-Muntaha
dan di sinilah kawasan terakhir yang dibenarkan
sesuatu yang datang dari pihak bumi.

Tiba-tiba Rasulullah terlihat sebatang pokok kayu
yang daripada batangnya keluar empat batang
sungai yang airnya tidak berubah rasa (air tawar).
Satu sungai airnya berupa susu yang tiada
berubah rasa, satu sungai lagi airnya berupa arak
yang lazat dan satu sungai yang airnya daripada
madu yang jernih.

Pada satu riwayat ada mengatakan sesungguhnya
satu daun daripada pokok berkenaan boleh
menutupi seluruh makhluk yang wujud. Bagi setiap
daun, ada malaikat yang mengucapkan tasbih
kepada Allah.

Sewaktu malaikat bertasbih, berubahlah warna
daun itu dan akhirnya ia menjadi yakut dan
zabarjad.

Empat batang sungai tadi adalah daripada dua
batang sungai yang tersembunyi dan dua batang
sungai yang nyata.

Bertanya Rasulullah kepada Jibril: "Wahai Jibril,
sungai apakah ini?"

Jawab Jibril: "Sungai tersembunyi ini ialah sungai
yang ada dalam syurga iaitu sungai yang Salsabil
dan Zanjabila. Dan sungai yang nyata itu ialah
Sungai Nil dan Sungai Furat."

Rasulullah diperlihatkan rupa Jibril yang sebenar di
Sidratul-Muntaha.

Jibril mempunyai 600 sayap di mana setiap sayap
besarnya kira-kira memenuhi alam ini. Sayap itu
dipenuhi dengan dar (permata besar) dan yakut.


DALAM perjalanan Israk Mikraj pada 27 Rejab, Nabi Muhammad SAW ditunjukkan pelbagai keazaban umat manusia di atas keingkaran yang mereka lakukan di dunia.

Rasulullah bersama Jibril dipertemukan dengan sebahagian kaum yang dihidangkan daging yang dimasak dengan baik dalam bekas perak. Di sebelahnya pula terhidang daging mentah, lagi busuk. Tetapi yang menghairankan, mereka memilih untuk makan daging mentah lagi busuk itu.

Baginda segera bertanya kepada Jibril mengenai perkara itu. Jibril menerangkan bahawa mereka adalah sebahagian daripada umat Rasulullah – lelaki dan perempuan yang mempunyai isteri atau suami yang halal–tetapi ditinggalkan. Sebaliknya mereka mendatangi perempuan atau lelaki za'niah (pelacur).

Dalam perjalanan berikutnya, ditunjukkan beberapa kayu berduri di jalan dan sesiapa yang melalui jalan berkenaan pasti akan terluka atau terkoyak bajunya. Lalu Rasulullah pun bertanya kepada Jibril.

Jawab Jibril: "Inilah seumpama beberapa kaum daripada umat engkau yang duduk di tepi-tepi jalan (lepak) mengintai-intai orang yang lalu di jalan itu bertujuan mengganggu dan sebagainya."

Lalu Jibril membaca firman Allah bermaksud: "Dan jangan kamu duduk di jalan-jalan untuk menakut-nakutkan (mengganggu) orang lain."

Ketika Rasulullah bersama Jibril meneruskan perjalanan, sampailah mereka ke suatu tempat. Di situ Baginda terlihat seorang lelaki yang berenang dalam lautan darah sambil dilontarkan batu ke mulutnya.

Rasulullah pun bertanya: "Apakah sebenarnya kejadian itu"? Jibril pun menjelaskan itulah diumpamakan sebahagian daripada umat Baginda yang memakan riba.

Kemudian Rasulullah berjumpa pula dengan seorang lelaki yangmenghimpunkan beberapa bekas kayu yang dia tidak terdaya memikulnya, tetapi semakin ditambah pula kayu itu. Semakin tidak terdaya semakin kayu itu ditambahnya dan begitulah seterusnya.

Rasulullah pun bertanya kepada Jibril mengenai kejadian itu, lalu, Jibril menerangkan bahawa itulah seorang yang memegang amanah, tetapi tidak mampu melaksanakannya, namun mereka masih juga mahu menerima amanah lain.

Seterusnya sampailah mereka ke suatu tempat di mana beberapa kaum yang menggunting lidah dan bibir sendiri.

Setiap kali lidah dan bibir mereka putus, ia pulih seperti sedia kala dan mereka mengguntingnya kembali dan begitulah seterusnya berulang-ulang kali.

Rasulullah pun bertanya kepada Jibril. Jawab Jibril: "Inilah diumpamakan seseorang yang mengajarkan manusia dengan tiada sebenarnya dan mereka tidak membuat apa-apa yang mereka ajarkan."

Kemudian Nabi Muhammad bersama Jibril terjumpa pula beberapa kaum yang mempunyai kuku tembaga tajam.

Mereka menggaru-garu muka serta badan hingga tersiat daging danbercucuran darah.

Rasulullah segera bertanya kepada Jibril mengenai perkara itu.

Jibril menjawab: "Inilah seumpama mereka yang makan daging, suaranya dengan mengumpat serta menjatuhkan maruah orang lain."

Selepas itu, dalam perjalanan seterusnya, Rasulullah ternampak satu lubang kecil. Tiba-tiba keluar seekor lembu jantan dan cuba hendak masuk semula ke dalam lubang itu, tetapi tidak berjaya.

Rasulullah pun bertanya kepada Jibril. Jawab Jibril: "Itulah umpama seseorang yang mengerjakan serta memperkatakan perkara yang dimurkai Allah, kemudian dia menyesali atas perbuatannya itu tetapi dia tidak mampu untuk menyesalinya."

Baginda dan Jibril pun meneruskan perjalanan dan tiba-tiba Rasulullah ditegur oleh pihak di sebelah kanan seraya berkata: "Wahai Muhammad, pandanglah aku. Sesungguhnya aku ingin bertanya kepada engkau suatu perkara."

Tetapi Rasulullah tidak menyahut panggilan itu. Lalu Jibril pun menerangkan bahawa itulah seruan Yahudi dan jika Baginda menjawab tadi, nescaya ramailah di kalangan umat Baginda yang menjadi Yahudi.

Selepas itu Rasulullah ditegur oleh pihak di sebelah kiri, tetapi Baginda masih tidak menyahut.

Berkata Jibril: "Itulah seruan Nasrani dan jika engkau menjawab seruan itu tadi, wahai Muhammad, nescaya ramailah di kalangan umat engkau yang menjadi Nasrani."

Tidak lama selepas itu, Rasulullah diseru seorang perempuan yang memakai perhiasan cantik. Tetapi, Rasulullah tidak menyahut panggilan itu.

Lalu Jibril pun menjelaskan kepada Rasulullah bahawa jika Baginda menjawab panggilan itu, nescaya ramailah di kalangan umatnya yangmementingkan perkara dunia daripada akhirat.

Selepas itu, Rasulullah diseru pula oleh seorang tua yang duduk jauh daripada mereka.

Berkata Jibril: "Teruskan perjalananmu wahai Muhammad. Sesungguhnya itu adalah musuh Allah (iblis)."

Lalu mereka pun meneruskan perjalanan.

Dalam perjalanan itu juga, tiba-tiba mereka bertemu seorang perempuan tua di tepi jalan.

Apabila ditanya oleh Rasulullah, Jibril pun menerangkan bahawa itulah diumpamakan umur dunia. Tiada apa-apa yang tinggal lagi melainkan umur perempuan tua itu.

No comments: