Sunday, November 30, 2008

DAJJAL
>
> Ujian Allah swt menerusi makhluknya yg bernama Dajjal ini adalah
sebesar-besar ujian yg ditimpakannya kepada umat manusia yg beriman.
Tidak ada ujian lain yg menyamainya apakan lagi melebihinya. Dalam hal ini baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:
>
> "Sejak Allah s.w.t. menciptakan Nabi Adam a.s. sampai ke hari kiamat nanti tidak ada satu ujian pun yg lebih dahsyat daripada Dajjal" H.R Muslim.
>
> Fitnah Dajjal atau ujian Dajjal ini akan mudah meragut keimanan
seseorang. Oleh itu maka janganlah ada di kalangan ummat Islam ini yg berkata: "Saya tak apa, saya dapat melawan Dajjal" Jangan sekali-kali berkata demikian kerana sgt sedikit org yg dapat mempertahankan keimanan ketika berhadapan dgn Dajjal. Oleh itu Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita supaya berlindung dengan Allah s.w.t. dari godaan Dajjal, seperti yg di ajarkan oleh Baginda dlm doa tahiyyat akhir yg sunat doa itu kita baca
setiap kali kita sembahyang. Ini menunjukkan betapa besarnya fitnah
Dajjal tersebut.
>
> "Ya Allah aku berlindung dgn engkau daripada siksa api neraka Jahanam dan dari siksa kubur dan dari ujian dlm kehidupan dan ujian setelah mati danjuga aku berlindung dgn Engkau daripada kejahatan Al Masih Dajjal.." H.R Muslim.

> Menurut Imam Al Barzanji dalam kitabnya bernama "Al Isya'ah" bahawa diantara tanda dekatnya masa kemunculan Dajjal itu ialah apabila Umat Islam melupakan tentang mengingati bahayanya.
>
>
> KENALI DAJJAL
>
> Asal-Usul Keluarganya:
> Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin
atau
apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya
"Minal Munzharin" seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah
swt ke
atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun
semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di
Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan
kematiannya sehingga kiamat nanti.
>
> Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh
burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak
dagingnya.
Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan
bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn "syaqq" manakala
ibunya
adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan
mempunyai
hubungan dengan makhluk©÷ halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya
ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran
dan
kehidupan masa kecil
> tidak diketahui dgn jelas.
>
> Sifat©÷ Badannya:
> Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal
ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya
serta
dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan
Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
>
> Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis©÷
Rasulullah
saw, diantaranya:
> Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak
kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang
seolah-olah dahan kayu yg rimbun.
>
> Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:
> Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg
kecut,
manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip
laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat. Kedua: Tertulis
didahinya tulisan "Kafir (Kaf-Fa-Ra)". Tulisan ini dapat dibaca oleh
setiap
org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.
>
> Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma
dalam
diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu,
kedua-dua
tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.
>
> Tempat Tinggalnya Sekarang:
> Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab "Shahih Muslim",
bahawa
Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau
dan
ditunggu oleh seekor binatang yg bernama "Al-Jassasah". Terdapat hadis
mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca
terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal
itu
telah ada dan ia menungg> u masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar
menjelajah permukaan bumi ini dan tempat "transitnya" itu ialah di
sebelah
Timur bukan di Barat.
>
> Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
> Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini,
selama
empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn
setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu
> minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi
keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan
dan
14 hari.
>
> Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
> Kami bertanya: "Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di
muka
bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari.
Hari
yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari
ketiga seperti seminggu. Kemudian hari©÷ yg masih tinggal lagi (iaitu
37
hari) adalah sama seperti hari©÷ kamu yg biasa. Lalu kami bertanya
lagi:
Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah
cukup
bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi
saw
menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar
yg
bersesuaian bagi setiap sembahyang.."
>
> Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg
berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti
biasanya
kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh
pada hari
> itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita
sembahyang
Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga
jam
setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang
Asar Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh
seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa
satu
tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan
sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan
ketiga.
>
> Fitnah Dajjal:
> Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh
kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar
biasa. Di
antara kemampuan Dajjal ialah:
>
> 1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda
beku
akan mematuhinya.
> Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah
dgn
kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan
akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3
dari
biasa
> dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda
kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian.
Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada
awan:
Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi
subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil
pada
org©÷ yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu
bersukutu dgn
Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan. Dan ada
diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan)
sedangkan org©÷ yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan
kebuluran.
>
> Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:
> "Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai
Rasulullah?"
>
> Nabi menjawab:
> "Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih
dan
bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan." H.R
Ibnu
Majah
>
> 2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
> Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama
syurga
dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan
kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar
adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu
sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.>
>
> 3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat
dimasukinya:
> Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org©÷ dahulu.
Kalau
hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti
kepantasan
jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi
daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat
ditempuh dalam satu jam
> "... Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan
perjalanannya
di atas muka bumi ini?
>
> Nabi menjawab:
> "Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan "Al Ghaist"
(hujan
atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang." H.R Muslim
>
> Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci
umat
Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
>
> 4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
> Syaitan©÷ juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan,
inilah
masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.
>
>
> CARA UTK SELAMAT DARI FITNAHNYA:
>
> Rasulullah s.a.w. juga telah meninggalkan kepada kita beberapa cara
yg
perlu diikuti supaya kita dapat selamat dari fitnah Dajjal ini.
Cara-cara
itu ialah:
>
> Pertama: Memahami bahawa Dajjal itu adalah pendusta dan pembohong
serta
mempunyai beberapa kelemahan yg ketara sekali. Diantaranya ialah buta
mata
sebelah kiri. Seandainya ia sebagai tuhan, sudah tentu ia dapat
menghindarkan cacat cela yg jelas dapat dilihat di mukanya itu. Dajjal
takut kalau ada orang yg sempat memperhatikan kekurangannya ini. Oleh
kerana itu apabila ia selesai memfitnah org di suatu tempat, ia akan
segera
beredar dari situ. Ia takut ada orang yang meneliti keaiban dan
kekurangannya ini.
>
> Kedua: Tertulis didahinya perkataan "Kafir" yang bererti ia adalah
seorang kafir, di mana tulisan ini akan dapat dibaca oleh setiap
Muslim,
sama ada dia pandai membaca atau tidak. Jadi orang Islam tidak perlu
terpedaya dgn godaannya. Apakah lagi nak mengatakan dia sebagai tuhan.
>
> Ketiga: Menghindarkan diri daripadanya, sama ada pergi ke Makkah atau
Madinah atau duduk di rumah dan jgn bergaul langsung dgn masyarakat yg
telah tergoda oleh fitnah Dajjal dan hendaklah ia menghalang golongan
perempuan
> dari keluar rumah kerana kebanyakan pengikut Dajjal ini dari kalangan
orang yang jahil tentang Islam dan golongan perempuan.
>
> Keempat: Membaca sepuluh ayat pertama (atau yg terakhir) dari surah
Al-Kahfi seperti yg disebutkan dalam hadis Rasulullah saw:
> ".... Sesiapa yg hafal sepuluh ayat dari ayat awal surah Al-Kahfi, ia
akan terpelihara dari godaan Dajjal dan dalam riwayat lain, siapa yg
hafal
sepuluh ayat yg terakhir daripadanya.." (Hadis Sahih Muslim)

No comments: