Sunday, November 30, 2008

SEKALUNG BUDI UNTUK BULAN NOVEMBER

assalamualaikum,saya fiq69 ingin mengucapkan ribuan terima kepada mohd hafiz (imtiaz_ukhuwah @yahoo.com)yang telah banyak menghantar topic-topic yang menarik untuk dibaca bersama, cikgu wirda shuhada(wirda_shuhada@yahoo.com)yang telah memberi satu topic bertajuk "kata-kata semangat jika anda berputus asa",tidak lupa juga kepada ahmad zakwan yang telah juga memberi beberapa topic,airmie22 yang membantu menjayakan blog ini,amin khalili yang juga berkorban untuk menjaya kan blog edisi november 2008,terima kasih juga kepada sesiapa yg menghantar topic-topic ini ke blog saya mahupun e-mel saya tidak dilupa kan juga semua rakan YM saya yang memberitahu rakan-rakan lain dan saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembaca edisi november 2008 kerana sudi membuka blog saya terima kasih.sebarang komen,cadangan,dan juga pertanyaan boleh lah hantar ke blog ini ke http://islamicworld69.blogspot.com atau ke fiq.69_komando@yahoo.com sekian dari saya fiq69.
-assalamualaikum-

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2008

kisah tentang rasulullah

Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah
s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau
mendengar seseorang di hadapannya bertawaf,
sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!"

Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim!
Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu
sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya
Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di
belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya
Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu
menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang
laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum
pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata:

"Wahai orang tampan! Apakah engkau memang
sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini
adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana
ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau
akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad
Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah
s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau
mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum,"
jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman
kepadanya?"

"Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya,
sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan
membenarkan perutusannya, sekalipun saya
belum pernah bertemu dengannya," kata orang
Arab badwi itu pula.

Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai
orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia
dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di
hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya
kepada dirinya.

"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi
s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua
kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah
s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya
berkata kepadanya:

"Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu.
Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh
hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah
mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang
takabbur yang meminta dihormati, atau
diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira
bagi orang yang beriman, dan membawa berita
menakutkan bagi yang mengingkarinya."

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa
berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad!
Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu
dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu,
agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah.
Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di
hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua
amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!"
Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian
pergi. Maka orang Arab itu pula berkata:

"Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika
Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan
hamba, maka hamba pun akan membuat
perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi
itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan
dengan Tuhan?" Rasulullah bertanya
kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan
dosa-dosa hamba, maka hamba akan
memperhitungkan betapa kebesaran
maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia
memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka
hamba akan memperhitungkan betapa keluasan
pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan
kekikiran hamba, maka hamba akan
memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka
Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan
betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu,
air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya.
Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya
berkata:

"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan
salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah
engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana
tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih
dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan
kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan
menghisab dirinya, juga tidak akan
memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah
mengampuni semua kesalahannya dan la akan
menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa
sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar
berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak
berdaya menahan keharuan dirinya. "

Kisah Islamnya Abu Bakar al-Siddiq -

Kisah Islamnya Abu Bakar al-Siddiq -
Pembantu Utama Rasulullah SAW


Saiyidina Abu Bakar RA sebelum Islamnya adalah
seorang yang sangat mencari kebenaran. Beliau berketurunan
Bani Tamim. Dia tidak percaya kepada berhala-berhala
yang menjadi sembahan kaumnya. Dia berusaha mencari
kepastian tentang Nabi dan Rasul yang akan diutuskan oleh
Allah s.w.t…seperti yang selalu didengarnya.

Dia telah pergi bertemu dengan pendita yang masih
berpegang pada ajaran kitab Taurat yang tulen di Yaman.
Pendita itu dapat menerangkan kepada Saiyidina Abu Bakar
akan Rasulullah s.a.w yang akan diutuskan di Tanah Haram
(Makkah) yang akan dibantu oleh dua orang sahabat,
seorang separuh umur dan seorang yang muda.
Pendita itu menerangkan lagi tanda-tanda sahabat
yang separuh umur,"Putih kulitnya, berbadan kurus,
ada tahi lalat di perutnya dan ada satu tanda
di paha kirinya."

Setelah Saiyidina Abu Bakar r.a membuka pakaiannya dan mencari tanda2 tersebut,
jelas terdapat tanda-tanda yang disebutkan oleh pendita itu.
Pendita itu meminta Saiyidina Abu Bakar r.a menyampaikan syairnya
kepada bakal Rasul itu. Ia membawa pulang ke Makkah syair itu.

Sampai di Makkah orang sudah gempar berita kerasulan
Nabi Muhammad s.a.w. Saiyidina Abu Bakar r.a. pergi bertemu
dengan Nabi Muhammad s.a.w. ia menyampaikan pandangan
kurang senang penduduk Makkah. Lalu Nabi Muhammad s.a.w
bersabda (maksudnya), "Bahawa aku Rasulullah kepada kamu
dan kepada semua manusia."

Saidina Abu Bakar r.a. bertanya, "Apakah buktinya?"

Jawab Rasulullah s.a.w " Orang tua yang kamu temui di
Yaman beberapa hari lalu."
"Siapakah yang memberitahu kamu, wahai kekasihku?"
Tanya Saiyidina Abu Bakar r.a.
"Malaikat yang telah menemui Nabi sebelumku."
Jelas Rasulullah s.a.w.

"Hulurkanlah tanganmu dan sesungguhnya aku mengakui
bahawa tiada Tuhan selain Allah s.w.t. dan engkau adalah
Rasulullah s.a.w." ucap Saiyidina Abu Bakar.

"Di mana dan kepada siapa sahaja aku serukan Islam, orang
itu akan bertanya, bertangguh-tangguh atau terus menentang,
tetapi tidak begitu halnya dengan Abu Bakar.
terus menerima tanpa soal jawab."

(Maksud Hadith, riwayat Imam al-Suyuti)

-------------------------------------------------------
Rujukan ;
SIRAH~Ustaz Abdul Rahman Rukaini
Synergymate Sdn Bhd
2001

ketahuilah oleh mu

Ketahuilah olehmu..
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha
yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan
hatimu masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.

Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu
sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu
terlalu sibuk untuk menelepon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau pikir bahwa kau sudah mencoba
segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT punya jawabannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal
dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau
merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi
ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi
untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan
memanggilmu dengan namamu.

Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU .......

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.
bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...

kawan ku sepanjang masa

Kata mak, KAWAN tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang.Kata abah, KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit. Kata atuk, KAWAN tu seperti air terus mengalir. Kata nenek, KAWAN tu bak bulan dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana.Kate sedare, kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!! Kata abang, KAWAN tu seperti lembu mengikut saje ape dikata. Kata kakak, KAWAN tu tak ubah macam durian bau je busuk tp sedap dimakan. Kata adik, KAWAN tu macam biskut sekejap ade sekejap takde.Kataku, KAWAN tu tak kisahlah camner..walaupun dia IBARAT LEBAH,UMPAMA BUNGA ROS,SEPERTI AIR,BAK BULAN,SEPERTI LEMBU,TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!! DIA tetap KAWAN...tau tak sebab ape??? sekali dah kawan ngan dia selamanye dia ttp kawanku…..

Pesanan ikhlas dari fiq@69

kasih seorang ibu

Assalamualaikum,

Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.
Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu.
Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup
wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak
sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat
bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti
sehingga bayi yang sedang lena itu merengek.Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal,sesuatu yang cukup
mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga
itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu
bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya
kepada si ibu.
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat.
Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang
pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si
anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-
kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada
penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari
penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...
"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah
mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata
si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai
manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa
rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok,
bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya
lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma
telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.
"Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma
itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak.
"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk.
Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda
ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping
telinga ibunya tiada.
"Ibumu tidak pernah memotong pendekrambutnya," si ayah berbisik ke
telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia
tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang
pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa
pun kenalannya."

Ps :

Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna,
selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u mom'

'HAYATILAH INTAN PERMATA KITA'

kasih seorang ayah

Pada suatu petang seorang tua bersama anak
mudanya yang baru menamatkan pendidikan tinggi
duduk berbual-bual di halaman sambil
memerhatikan suasana di sekitar mereka. Tiba-tiba
seekor burung gagak hinggap di ranting pokok
berhampiran. Si ayah lalu menuding jaring ke arah
gagak sambil bertanya, "Nak, apakah bendanya
itu?" "Burung gagak", jawab si anak.
Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus
kemudian sekali lagi mengulangi soalan yang
sama. Si anak menyangkakan ayahnya kurang
mendengar jawapannya tadi lalu menjawab
dengan
sedikit kuat, "Itu burung gagak ayah!" Tetapi
sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalan
yang sama. Si anak merasa agak keliru dan
sedikit runsing dengan soalan yang sama
diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih
kuat, "BURUNG GAGAK!!" Si ayah terdiam
seketika. Namun tidak lama kemudian sekali lagi
mengajukan soalan yang serupa hingga
membuatkan si anak hilang sabar dan menjawab
dengan nada yang hendak tak hendak melayan si
ayah, "Gagak la ayah.......". Tetapi agak
mengejutkan si anak, apabila si ayah sekali lagi
membuka
mulut hanya untuk bertanyakan soalan yang sama.
Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan
menjadi marah.

"Ayah!!! saya tak tahu samada ayah faham atau
tidak. Tapi sudah lima kali ayah bertanya soalan
tersebut dan saya sudah pun memberikan
jawapannya. Apa lagi yang ayah mahu saya
katakan???? Itu burung gagak, burung gagak
la.....", kata si anak dengan nada yang begitu
marah.

Si ayah terus bangun menuju ke dalam rumah
meninggalkan si anak yang terpinga-pinga.
Sebentar kemudian si ayah keluar semula dengan
sesuatu di tangannya. Dia menghulurkan benda itu
kepada anaknya yang masih geram dan tertanya-
tanya. Ianya sebuah diari lama.
"Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di
dalam diari itu", pinta si ayah. Si anak akur dan
membaca perenggan yang berikut..........

"Hari ini aku di halaman melayan karenah anakku
yang genap berumur lima tahun. Tiba-tiba seekor
gagak hinggap di pohon berhampiran. Anakku
terus menunjuk ke arah gagak dan
bertanya, "Ayah, apa tu?". Dan aku
menjawab, "Burung gagak". Walau bagaimana
pun, anak ku terus bertanya soalan yang serupa
dan setiap kali aku menjawab dengan jawaban
yang sama. Sehingga 25 kali anakku bertanya
demikian, dan demi cinta dan sayangkannya aku
terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin
tahunya. Aku berharap ianya menjadi suatu
pendidikan yang berharga."

Setelah selesai membaca perenggan tersebut si
anak mengangkat muka memandang wajah si
ayah yang kelihatan sayu. Si ayah dengan
perlahan bersuara, " Hari ini ayah baru bertanya
kau soalan yang sama sebanyak lima kali, dan
kau telah hilang sabar serta marah."

MORAL : JAGALAH HATI KEDUA IBUBAPA.
JANGAN
SESEKALI MENGHAMPAKAN HARAPAN
MEREKA"

****untuk kaum bapa.. tunaikan lah tanggung jawab anda sebagai suami dan isteri(berikan nafkah)

Debat antara agama Ahmed Deedat popular

UMAT Islam di seluruh dunia yang mengenali Ahmed Deedat semestinya terkejut apabila mendapat berita bahawa pendakwah terkenal dari Afrika Selatan itu meninggal dunia pada 8hb Ogos 2005 hari Isnin yang lalu.
Adalah tidak keterlaluan dikatakan bahawa dunia Islam kehilangan seorang pendakwah dalam bidang perbandingan agama.
Sepanjang hayatnya selama 87 tahun, ramai bersetuju bahawa Ahmed adalah seorang yang amat komited dalam penyebaran dakwah Islam.
Justeru, pepatah yang mengatakan bahawa harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama boleh sahaja dikaitkan dengan Ahmed.
Hati manusia seperti Ahmed sebenarnya tidak pernah terpisah dengan dakwah dan penyebaran Islam.
Dalam satu berita yang disiarkan di IslamOnline.net kelmarin ada disebut bahawa kali terakhir Ahmed menyampaikan dakwahnya ialah semasa di Sydney, Australia pada tahun 1996.
Hanya selepas itu Ahmed mendapat penyakit kronik seterusnya menyebabkannya terbaring di atas katil untuk tempoh sembilan tahun sehingga ke detik akhir kematiannya.
Dakwah di Australia itu bagaimanapun dianggap oleh para ilmuwan Islam sebagai salah satu pengajaran agama paling bersemangat dan `menyentuh hati' berbanding dakwah-dakwah sebelum itu.
Walaupun telah meninggal dunia, semangat Ahmad sebagai seorang pendakwah harus diteladani.
Sekalipun dibebani masalah dan meniti kehidupan dengan penuh liku, semangatnya tidak pernah pudar dalam menyampaikan apa yang sepatutnya disampaikan kepada seluruh umat pelbagai agama.
Tetapi di sebalik `kepayahan' itu, beliau terus memberi ilham, mendidik dan menggalakkan orang ramai menerima mesej tentang Islam.
Semasa sakit, Ahmed dikatakan berkomunikasi dengan menggunakan isyarat mata.
Allahyarham dilahirkan pada 1 Julai 1918 di daerah Surat, India sebelum keluarganya berhijrah ke Afrika Selatan pada tahun 1927.
Hanya ketika di Afrika Selatan, Ahmed mencipta sesuatu untuk muncul sebagai seorang pendakwah agama Islam.
Sebuah institusi agama yang dibangunkan di negara Afrika bagi melatih pendakwah di Institut Assalaam di Braemar adalah cerminan usaha pertama beliau ke arah itu.
Malahan Ahmed juga pengasas pertubuhan dakwah terbesar di dunia iaitu Pusat Penyebaran Islam Antarabangsa (IPCI).
Apabila diserang angin ahmar, Allahyarham bukan sahaja hidup dalam serba kepayahan tetapi lebih daripada itu, Ahmed kehilangan suara untuk bercakap, pemberian paling berharga yang digunakannya secara berkesan dalam menuangkan pandangan tentang Islam dan agama.
Tetapi dalam sejarahnya, Allahyarham dikenang sebagai seorang pendakwah yang sangat murah hati - mengedarkan lebih 20 juta naskhah buku tulisan sendiri dan kaset secara percuma untuk tujuan dakwah.
Bukan itu sahaja, jasanya dalam pendakwahan terus dihitung di seluruh dunia kerana karya-karyanya banyak diterjemahkan ke dalam bahasa Rusia, Urdu, Arab, Cina, Jepun, Melayu, Indonesia, Zulu, Belanda, Norway dan sebagainya.
Dan lebih membanggakan, di negara tempat tinggalnya iaitu Afrika Selatan, beratus-ratus orang memeluk Islam termasuk sejumlah besar mubaligh kerana tertarik dengan dakwah beliau.
Ahmed banyak terlibat dalam siri perdebatan mengenai agama semasa hayatnya.
Salah satu perdebatan Allahyarham yang terkenal bertajuk Was Christ Crucified? iaitu semasa beliau berhujah dengan Paderi Josh McDowell di Durban pada tahun 1981.
Buku tulisannya berjumlah lebih 20 buah. Tetapi antara buku Allahyarham yang terkenal termasuklah The Choice - Between Islam and Christianity; Is the Bible Gods Word; Al-Quran the Miracle of Miracles dan What the Bible Says About Muhammad.
Buku yang menimbulkan kontroversi pula tentunya Al-Quran the Miracle of Miracle di mana Ahmed mengemukakan hujah bernas dan pandangan berani mengenai keistimewaan al-Quran.
Ramai orang Kristian yang berang tetapi banyak juga yang memeluk Islam kerana buku berkenaan.
Ekoran jasanya dan iltizam dalam berdakwah, Ahmed diberikan Anugerah Antarabangsa Raja Faisal pada tahun 1986.
Allahyarham adalah satu-satunya warga Afrika Selatan yang menerima anugerah berkenaan kerana tugas-tugasnya dalam menyebarkan dakwah Islam.
Dalam berdakwah, Ahmed sebenarnya tidak menerima pendidikan persekolahan secara rasmi tetapi belajar melalui pengalaman dan bersungguh-sungguh mencintai buku, terlibat dalam perbahasan, perbincangan dan sangat komited dalam mencapai apa yang menjadi matlamatnya.
Laporan televisyen satelit Al-Jazeera menyebut bahawa, karier Ahmed sebagai pendakwah membawa Allahyarham terlibat dalam siri dialog.
Antaranya ialah membabitkannya dengan ketua-ketua gereja Protestant di Amerika Syarikat dan mendiang Pope John Paul II.
Pada tahun 1980-an, nama Ahmed menjadi sebutan kerana Allahyarham terlibat dalam perdebatan dengan Paderi Jimmy Swaggart dan tidak dibenarkan memasuki Perancis serta Nigeria atas alasan pandangannya dibimbangi mencetuskan huru-hara.
Seorang rakan Ahmed dalam IPCI, Babu Jadwar dalam South African Independent Online menjelaskan kenapa Allahyarham menjadi kontroversi.
``Ahmed Deedat adalah reaksi kepada provokasi gereja di seluruh dunia ke atas Islam.
``Dari Amerika ke Indonesia, beliau diangkat sebagai individu yang banyak menyumbang dan berkorban demi Islam,'' kata Babu.
Di sebalik kontroversi berkenaan, pasti ulama-ulama Islam di seluruh dunia bersetuju dengan pandangan rakan Ahmed itu. - Agensi

bacalah dengan menyebut nama tuhan mu

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kebenaran. [103:1-3]

Apakah matlamatmu? Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu[51:56] Apa yang anda lakukan hari ini? ...Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami catatkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas dan nyata. [36:12] Apa hakikat hidup ni? Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari ALLAH serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu [57:20] Adakah anda ragu-ragu? Turunnya Al-Quran yang tidak ada keraguan padanya, (adalah) dari Tuhan semesta alam. [32:2] Siapakah yang menurunkan ayat-ayat ini? Kitab (ini) diturunkan dari ALLAH Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana [45:2] Susah sangat nak terima? Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?[54:17] Pandang sebelah mata? Maka patutkah kamu menganggap remeh saja Al-Quran ini? [56:81] Adakah anda berlumba-lumba mencari duit dan kesenangan dunia? Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi,yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada ALLAH dan RasulNya. Itulah kurnia ALLAH, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendakiNya. Dan ALLAH mempunyai kurnia yang besar. [57:21] Dunia matlamat anda? Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertaqwa, ALLAH akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.[47:36] Inikah kehidupan anda? Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya ; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)[29:64] Lama hidup di dunia ini? ALLAH berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia) [23:114] Hidup di dunia purata antara 60-70 tahun, hidup di akhirat adalah selama-lamanya(infinity). 60 bahagi infinity berapa? Jawapan= 0 Dunia atau akhirat lebih baik? Dan sesungguhnya Akhirat itu lebih baik untukmu dari dunia [93:4] Kalau dah tahu akhirat lebih baik, apa yang anda buat? Sekali-kali jangan demikian. Sebenarnya kamu (hai manusia) mencintai kehidupan dunia dan meninggalkan kehidupan akhirat. [75:20-21] Nak masuk syurga? Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada ALLAH (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? [3:142] Siapakah satu-satunya penolong anda? ...Tidak ada bagi kamu selain daripada-Nya seorang penolongpun dan tidak (pula) seorang pemberi syafaat. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?[32:4]

kelapa tua

KELAPA TUA. Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.
Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua ini tidak pernah menjadi topik perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.

Kelapa tua tidak pula pernah bersusah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Ia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.
Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokok sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam tu.
Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. GUgur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.
Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Ia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk. Proses ini bukan sekadar sekali tetak sahaja. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya. Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu, sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.
Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti itu. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersemburlah dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.
Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka tamatlah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.
Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang dibakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.
Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian, ia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.
Setelah itu, minyak dipanaskan ke dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hinga terkeluar baunya.
Apabila sudah masak dan baunya harum semerbak ke seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:
“Gulai apa tu? Sedap sangat baunya!”
Orang di dapur hanya menjawab, “Gulai ikan bawal.”
Gulai dapat nama. Ikan bawal dapat nama.
Orang kata, “Oh, sedap gulai ni!”
“Oh, sedap ikan bawal ni!”
Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tiada siapa yang ambil kira dan ambil peduli.
Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan jua untuk dikenang atau untuk mendapat nama..tetapi untuk ta’abbud kepada Allah SWT. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak pada pandangan manusia..tetapi tetap wujud dalam perhatian Allah SWT.

Petikan dari Mutiara Minda
Oleh Mejar (B) Abu Dzar


~..Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam..Ianya wujud tetapi amat sukar dilihat..~

apabila isteri menghiburkan hati

GAD1S yang cantik dan manis sering menjadi pilihan utama lelaki yang ingin mcndirikan rumahtangga. Memang tidak dapat dinafikan, faktor pilihan inilah yang mendorong lelaki untuk berkahwin. Namun, ada faktor lain yang lebih penting dan utama daripada itu. Rasulullah Saw bcrsabda , wanita dikahwini kerana harta, kecantikan, keturunan atau agama. Maka pilihlah yang beragama, nescaya engkau akan beruntung.

Seorang calon isteri yang sempurna ialah yang mempunyai keempat-empat sifat yang disebutkan oleh Rasulullah SAW itu. Tctapi yang beragamalah yang mejadi pilihan baginda untuk umatnya. Tanpanya, faktor-faktor lain adalah kecil dan tidak pcnting.

Rasulullah SAW ada bersabda: "Dunia adalah perhiasan. Dan perhiasan yang indah ialah wanita solehah.

Kecantikan memang perlu untuk mengekalkan kasih sayang antara suami isteri. Malangnya kecantikan jugalah yang selalu membawa porak perandanya sesebuah rumahtangga. Hanya wanita cantik yang dididik dcngan syariat sahaja yang akan dapat membahagiakan rumahtangga.

Wanita yang cantik tetapi tidak berakhlak umpama bunga raya yang cantik tetapi tidak berbau wangi .Bcrbeza dengan wanita yang berakhlak walaupun tidak cantik, umpama bunga cempaka yang walau pun tidak cantik tetapi wangi baunya

Seorang isteri yang cantik tetapi tidak berakhlak dcngan suami, indah dipandang tetapi hati menderita. Bcrbeza dcngan isteri yang tidak cantik tetapi berakhlak, lama kelamaan suami akan merasai kecantikannya ada pada ketaatannya.

Cuma, yang menjadi harangan ialah apabila seseorang itu hanya memilih kccantikan atau kekayaan sahaja sehingga membelakangi pcndidikan dan agama. Hati hanya terpaut dcngan keadaan lahiriah wanita sahaja. Firrman Allah:

Katakanlah jika ayah, anak anak, saudara, isteri-isteri, kaum keluarga, harta yang kannt miliki, pcrniagaan yang kamu takuti kerugiannya, dan rumah-rumah yang kamu sayangi itu, lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta bcrjihad di jalannya, maka tunggulah Allah akan mendatangkan siksanya."(At-Taubah: 24.)

Untuk mendapatkan rumahtangga bahagia, isteri perlu dididik. Mendidik seorang isteri perlu kepada kesabaran, ketegasan dan kepandaian memainkan perasaan mereka. Jiwa, akal dan perasaan mereka perlu disuburkan dcngan nasihat, panduan-panduan dan pcngkisahan. Kisah hidup wanita wanita solehah dahulu seperti, Sayidatina Khadijah, wanita ternama, kaya dan jelita yang sanggup berkorban habis-habisan demi Islam atau kisah Sayidatina Fatimah, yang hidup dalam kesusahan kerana selalu ditinggalkan suami, namun masih mampu rnenghadiahkan senyuman manis sewaktu menyambut kepulangan suami - patut dimainkan di fikiran mereka. Biar ia melekat di jiwa dan fikiran mercka. Begitu juga dengan kisah-kisah wanita lain yang solehah dan terpuji seperti Siti Aisyah, Siti Aminah, Rabiatul Adawiyah dan sebagainya.

Isteri-isteri yang terdidik dcngan akhlak Islam, mudah terdorong untuk taat dan bcrbakti kepada suami. Sekiranya keadaan dirumah agak menyenangkan hati, pasti suami akan keluar ke tengah masvarakat dengan hati lapang dan fikiran terbuka serta semangat baru. Pada lahir sahaja pun ia nampak kemas, bersih dan berwibawa.

Sebaliknya isteri yang gagal dididik oleh suami tcrlalu manja, suka mengongkong pergerakan suami dan selalu mengganggu suami dcngan kerenah yang tidak sepatutnya. Untuk menghadapi ragam isteri yang seperti ini, sekali lagi suami perlu kepada ketegasan, bijak dan bertindak sebagai pemimpin dan guru dalam rumahtangga.

Jadikanlah rumahtangga sebagai syurga kecil yang scrnentara yang akan menjadi sumber tenaga untuk kita berjuang mendapatkan syurga sebenar yang kekal abadi.

Rasululah SAW bersabda, " Takutilah kamu kepada Allah dalam persoalan wanita, kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berada dibawah kekuasaan mu. Kamu ambil mereka (sebagai isteri) dengan amanah Allah. Dan kamu dihalalkan bergaul dengan mereka kerana kalimah Allah".

iblis

Lahirnya dari api
Dianugerahi cempala dan keji
Membakar atma nurani
Sejak azali

“ Mengapa perlu aku sujud ?!!!
sujud di kaki yang hina dina
makhluk jadian tanah
sepatutnya aku yang dipersujudkan !!!”

“ aku pohon kepada-MU
janganlah aku dibinasakan
sebelum tiba waktu kehancuran……”

“ Tapi....beraqsam aku tak berdiam diri
akan ku cacaukan mata hati
hingga ia melupai diri
menuju sengsara yang abadi……”

Demikianlah kisah telah tertera
Kian dilupai umat manusia
Berajakan nafsu....khayal kenikmatan dunia
Terparaklah iman lenyaplah takwa

Riang ia di hati telah bertakhta
Itulah iblis seteru durjana
Syaitan seteru abadi
a.b.a.d.i.....s.e.l.a.m.a.dan.y.a.......
insyallah….

dakwah satu kewajipan

Bismillahirrahmanirrahim..

Pendahuluan

PENGERTIAN umum dakwah bermaksud panggilan, seruan atau ajakan. Maksud ajakan di sini ialah menyeru manusia mengakui kebesaran Allah Yang Maha Kuasa serta perlunya manusia hidup berlandaskan peraturan yang ditetapkan berteraskan al-Quran dan as-Sunnah. Perkara itu adalah inti pati dakwah bagi membina manusia yang bertakwa kepada Allah dalam erti kata yang sebenar dan seluas-luasnya.

Dalam kehidupan bermasyarakat, khususnya kehidupan umat Islam, dakwah mempunyai kedudukan yang amat penting. Dengan dakwah, dapat disampaikan serta dijelaskan mengenai ajaran Islam kepada masyarakat dan umat sehingga sasaran dapat mengetahui perkara yang benar (haq) atau perkara yang salah (batil).

Peranan dakwah bukan setakat dapat membezakan tetapi dakwah juga dapat mempengaruhi masyarakat untuk menyukai perkara yang baik serta dapat menolak apa saja yang tidak betul yang berlaku dalam masyarakat. Sekiranya ini dapat diwujudkan dalam masyarakat Islam, sudah tentu hasrat kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat dapat dicapai.

Sesungguhnya dakwah mempunyai kedudukan yang amat penting. Secara asasnya, hukum dakwah menjadi satu kewajipan yang perlu dilaksanakan dan oleh setiap individu Muslim. Banyak ayat al-Quran dan hadis menyaran atau menyeru setiap individu Muslim melaksanakan tugas dakwah ini.

Syeikh Mustaffa Masyhur dalam bukunya yang berjudul Thariq Fi Ad-Dakwah (Jalan-Jalan Dakwah) menyebut tiga tahap dakwah, iaitu:

a) Taarif (penerangan/pengenalan) - Tahap ini adalah untuk memperkenalkan, menyampaikan idea, gagasan atau untuk menggambarkan kepada khalayak atau sasaran tentang dakwah yang hendak disampaikan.

b) Takwin (pembinaan/pembentukan) - Tahap pembentukan, pembinaan pendakwah dan pemantapan mesej yang disampaikan.

c) Tanfiz (pelaksanaan) - Tahap beramal, berusaha dan melaksanakan dakwah bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Berdasarkan tiga tahap yang dinyatakan oleh tokoh ilmuwan itu, ternyata dakwah adalah perjalanan yang panjang dan berliku. Untuk itu, petugas dakwah atau individu yang bergerak dalam usaha-usaha dakwah atau organisasi yang melaksanakan kerja dakwah perlu menyiapkan diri atau organisasi masing-masing pada tahap yang maksimum dan bersedia bukan pada tahap ala kadar atau sambil lewa kerana dakwah akan menghadapi pelbagai rintangan dan ujian yang tidak terduga atau kadang-kadang di luar jangkaan manusia.

Dalam situasi masyarakat masa kini yang mengharungi pelbagai cabaran dan dalam era globalisasi, dakwah perlu digerakkan sebagai membimbing manusia ke jalan yang betul. Oleh yang demikian, setiap individu Muslim perlu berganding bahu untuk sama-sama melaksanakan usaha dakwah, menyampaikan ajaran Islam serta memberi kesedaran mengenai ketinggian Islam bagi mewujudkan masyarakat Muslim yang terbaik.

Kata lainnya, dakwah adalah satu kaedah yang penting bagi membetulkan masyarakat yang tempang ke arah masyarakat yang lebih Islamik serta menghayati nilai-nilai Islam dalam seluruh masyarakat dan kehidupan.

Untuk itu, setiap Muslim perlu sedar dan perlu membabitkan diri dalam dakwah, sesuai dengan potensi atau keupayaan diri masing-masing. Terbinanya diri, keluarga dan masyarakat yang Islamik merupakan matlamat utama dalam dakwah.

Matlamat dan harapan ini tidak dapat dicapai sekadar menerusi ceramah dan khutbah tetapi melalui pelbagai bidang serta potensi yang ada. Oleh itu, perlu kita sedar bahawa segala potensi dan kemampuan yang kita ada atau miliki, perlu digunakan untuk kepentingan Islam dan dakwah Islamiah.

Firman Allah Ta’ala:

"Serulah mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik serta bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu adalah Yang lebih mengetahui siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (QS. an-Nahl : 125).


Asbab an-Nuzûl

Para mufasir berbeza pendapat mengenai asbab an-nuzûl (latar belakang turunnya) ayat ini. Al-Wahidi menerangkan bahwa ayat ini turun setelah Rasulullah SAW menyaksikan jenazah 70 sahabat yang syahid dalam Perang Uhud, termasuk Hamzah, bapa saudara Rasulullah. (1) Al-Qurthubi menyatakan bahawa ayat ini turun di Makkah ketika adanya perintah kepada Rasulullah Saw untuk melakukan gencatan senjata (muhâdanah) dengan pihak Quraisy. Akan tetapi, As-Suyuthi tidak menjelaskan adanya riwayat yang menjadi asbab an-nuzûl ayat tersebut. (2)

Meskipun demikian, ayat ini tetap berlaku umum (3) untuk sasaran dakwah siapa saja, Muslim mahupun kafir, dan tidak hanya berlaku khusus sesuai dengan asbabul nuzûl-nya (andaikata ada asbab an-nuzûl-nya). Sebab, ungkapan yang ada memberikan pengertian umum—setelah kalimah ud‘u (serulah) tidak disebutkan siapa objek (maf‘ûl bih)-nya. Ini adalah uslûb (gaya pengungkapan) bahasa Arab yang memberikan pengertian umum (li at-ta’mîm). (4) Dari segi siapa yang berdakwah, ayat ini juga berlaku umum. Meski ayat ini adalah perintah Allah kepada Rasulullah, perintah ini juga berlaku untuk umat Islam. (5)


Makna Keseluruhan Ayat

Ayat di atas menerangkan tiga metode (tharîqah) dakwah, yakni cara mengembangkan dakwah bagi menyerukan Islam kepada manusia. Ada cara yang berbeza untuk sasaran dakwah yang berbeza.

1. Dengan hikmah, maksudnya dengan dalil (burhan) atau hujjah yang jelas (qath‘i ataupun zhanni) sehingga menampakkan kebenaran dan menghilangkan kesamaran. (6) Cara ini dituju kepada mereka yang ingin mengetahui hakikat kebenaran yang sesungguhnya, yakni mereka yang memiliki kemampuan berpikir yang tinggi atau sempurna; (7) seperti para ulama, pemikir, dan cendekiawan.

2. Dengan maw‘izhah hasanah, yaitu peringatan yang baik yang dapat menyentuh akal dan hati (perasaan). ( Misalnya, dengan menyampaikan aspek targhîb (memberi dorongan/pujian) dan tarhîb (memberi peringatan/celaan) ketika menyampaikan hujjah. (9) Cara ini tertuju kepada masyarakat secara umum. Mereka adalah orang-orang yang taraf berpikirnya di bawah golongan yang diseru dengan hikmah, namun masih dapat berpikir dengan baik dan mempunyai fitrah dan kecenderungan yang lurus. (10)

3. Dengan jadal (jidâl/mujâdalah) billati hiya ahsan, yaitu debat yang paling baik. Dari segi cara penyampaian, perdebatan itu disampaikan dengan cara yang lunak dan lembut, bukan cara yang keras dan kasar. (11) Dari segi topik, semata tertumpu pada usaha mengungkap kebenaran, bukan untuk mengalahkan lawan debat semata mata atau menyerang peribadinya. (12) Dari segi hujjh, dijalankan dengan cara menghancurkan kebatilan dan membangun kebenaran. Cara ini dituju kepada orang yang cenderung suka berdebat dan membantah, yang sudah tidak dapat lagi diseru dengan jalan hikmah dan maw‘izhah hasanah. (13)

Bahagian akhir ayat tersebut memberikan erti, bahawa jika kita telah menyeru manusia dengan tiga jalan tersebut, maka urusan selanjutnya terserah Allah. Memberikan hidayah bukan kuasa manusia, melainkan kuasa Allah semata. Kita hanya berkewajiban menyampaikan . Allah yang akan memberikan petunjuk serta memberikan balasan, baik kepada yang mendapat hidayah maupun yang tersesat. (14)

Sebahagian ulama seperti al-Qurthubi dan al-Baghawi berpendapat, ayat ini telah di-nasakh (dihapus) oleh ayat perang, jika yang menjadi sasaran dakwah adalah orang kafir. (15) Namun, yang lebih tepat adalah pendapat jumhur ulama, yang mengatakan ayat ini muhkam (tidak di-nasakh), dan tetap kepada sasaran dakwah yang Muslim ataupun kafir. Jika sasaran dakwahnya kaum kafir, ayat ini difahami sebagai langkah pertama untuk mereka, yakni mengajak mereka masuk Islam. Langkah itu wajib ditempuhi sebelum langkah kedua, yakni ajakan membayar jizyah dan menjadi ahl adz-dzimmah, dan langkah ketiga, yakni perang (al-qitâl) di jalan Allah. (16)


Pendapat Para Mufasir Dan Analisisnya

a. Makna Hikmah

Sebagian mufasir seperti as-Suyuthi, al-Fairuzabadi, dan al-Baghawi mengertikan hikmah sebagai al-Quran. (17) Ibnu Katsir menafsirkan hikmah sebagai apa saja yang diturunkan Allah berupa al-Kitab dan As-Sunnah. (1

Penafsiran tersebut nampaknya masih umum. Mufasir yang lain pula menafsirkan hikmah secara lebih terperinci, yakni sebagai hujjah atau dalil. Sebahagian dari mereka mensyaratkan hujjah itu harus bersifat qath‘i (pasti), seperti an-Nawawi al-Jawi. Yang lainnya, seperti al-Baidhawi, tidak mengharuskan sifat qath‘i, tetapi menjelaskan karektor dalil itu, yakni penjelasan yang menghilangkan kesamaran. An-Nawawi al-Jawi menafsirkan hikmah sebagai hujjah yang qath‘i yang menghasilkan akidah yang meyakinkan. An-Nisaburi menafsirkan hikmah sebagai hujjah yang qath‘i yang dapat menghasilkan keyakinan.

Al-Baidhawi dan Al-Khazin mengertikan hikmah dengan ucapan yang tepat (al-maqâlah al-muhkamah), yaitu dalil yang menjelaskan kebenaran dan menyingkirkan kesamaran (ad-dalil al-muwadhdhih li al-haq wa alimuzîh li asy-syubhah). Al-Asyqar menafsirkan hikmah dengan ucapan yang tepat dan benar (al-maqâlah al-muhakkamah ash-shahîhah).

Menurut terjemahan al Quran ke dalam bahasa melayu cetakan dari Arab Saudi pula menyatakan hikmah tersebut ialah perkataan yang tegas dan benar yang dapat membezakan antara yang hak dan yang batil. (19)

Kesimpulannya, jumhur mufasir menafsirkan kata hikmah dengan hujjah atau dalil. Dari ungkapan para mufasir di atas juga dapat diketahui bahawa hujjah yang dimaksud adalah hujjah yang bersifat rasional (‘aqliyyah/fikriyyah), yakni hujjah yang tertuju pada akal. Sebabnya, para mufasir seperti al-Baidhawi, al-Alusi, an-Nisaburi, al-Khazin, dan an-Nawawi al-Jawi mengaitkan seruan dengan hikmah ini kepada sasarannya yang terperinci, yakni golongan yang mempunyai kemampuan berfikir secara sempurna. (20)


b. Makna maw‘izhah hasanah

Sebagian mufasir menafsirkan maw‘izhah hasanah (nasihat/peringatan yang baik) secara umum, yaitu nasihat atau peringatan al-Quran (mawâ‘izh al-Qur’âdan). Demikian pendapat al-Fairuzabadi, as-Suyuthi, dan al-Baghawi. Namun, as-Suyuthi dan al-Baghawi sedikit menambahkan, dapat juga bermakna perkataan yang lembut (al-qawl -raqîq).

Memperincikan tafsiran umum tersebut, para mufasir menjelaskan sifat maw‘izhah hasanah sebagai suatu nasihat yang tertuju pada hati (perasaan), tanpa meninggalkan karektor nasihat itu yang tertuju kepada akal. Sayyid Quthub menafsirkan maw‘izhah hasanah sebagai nasihat yang masuk ke dalam hati dengan lembut (tadkhulu ilâ al-qulûb bi rifq). An-Nisaburi menafsirkan maw‘izhah hasanah sebagai dalil-dalil yang memuaskan (ad-dalâ’il al-iqna’iyyah), yang tersusun untuk mewujudkan pembenaran (tashdîq) berdasarkan dalil dalil yang yang telah diterima. Al-Baidhawi dan Al-Alusi menafsirkan maw‘izhah hasanah sebagai seruan-seruan yang memuaskan/meyakinkan (al-khithâbât al-muqni‘ah) dan ungkapan-ungkapan yang bermanfaat (al-‘ibâr al-danâafi‘ah).

An-Nawawi al-Jawi menafsirkannya sebagai tanda-tanda yang bersifat zhanni (al-amârât azh-zhanniyah) dan dalil-dalil yang memuaskan. Al-Khazin menafsirkan maw‘izhah hasanah dengan targhîb (memberi dorongan untuk menjalankan ketaatan) dan tarhîb (memberikan ancaman/peringatan agar meninggalkan kemaksiatan). (21)

Dari pelbagai tafsir itu, karektor nasihat yang tergolong maw‘izhah hasanah ada dua perkara utama:

Menggunakan ungkapan yang tertuju pada akal. Ini terbukti dengan ungkapan yang digunakan para mufasir, seperti an-Nisaburi, al-Baidhawi, dan al-Alusi, yakni kata dalâ’il (bukti-bukti), muqaddimah (premis), dan khithâb (seruan). Semua ini jelas berkaitan dengan fungsi akal untuk memahami.

Menggunakan ungkapan yang tertuju pada hati/perasaan. Terbukti, para mufasir menyifatkan dalil itu dengan aspek kepuasan hati atau keyakinan. An-Nisaburi, misalnya, mengunakan kata dalâ’il iqnâ‘iyyah (dalil yang menimbulkan kepuasan/keyakinan). Al-Baidhawi dan al-Alusi menggunakan ungkapan al-khithâbât al-muqni‘ah (ungkapan-ungkapan yang memuaskan). Adanya kepuasan dan keyakinan (iqnâ) jelas tidak akan wujud tanpa proses kebenaran dan kecondongan hati.

Semua ini jelas berkaitan dengan fungsi hati untuk meyakini atau puas terhadap sesuatu dalil. Di antara cara untuk menyentuh perasaan adalah menyampaikan targhîb dan tarhîb, sebagaimana ditunjukkan oleh Al-Khazin. Seruan dengan maw‘izhah hasanah ini tertuju pada umumnya masyarakat, yakni dengan kemampuan berfikirnya tidak secepat golongan yang diseru dengan hikmah, tetapi masih mempunyai fitrah yang lurus. Demikian menurut al-Baidhawi, al-Alusi, an-Nisaburi, al-Khazin, dan an-Nawawi al-Jawi.


c. Makna jidâl billati hiya ahsan

Sebagian mufasir memberi makna jidâl billati hiya ahsan (debat yang terbaik) secara umum. Misalnya Al-Fairuzabadi, beliau menafsirkan jidâl billati hiya ahsan sebagai berdebat dengan al-Quran atau dengan kalimat Lâ ilâha illâ Allâh. (22) Contohnya, menurut as-Suyuthi, adalah seperti seruan kepada Allah dengan ayat-ayat-Nya dan seruan pada hujjah-hujjah-Nya. (23)

Pada penafsiran yang lebih terperinci, akan didapati perbezaan pendapat di kalangan para mufasir. Akan tetapi, perbezaan itu sesungguhnya dapat dihimpun (jama’)" dan diletakkan dalam aspeknya masing-masing. Perbezaan itu dapat dikategorikan menjadi tiga aspek:

1. Dari segi cara (uslûb), sebagian mufasir menafsirkan jidâl billati hiya ahsan sebagai cara yang lembut (layyin) dan lunak (rifq), bukan dengan cara keras lagi kasar. Inilah penafsiran Ibn Katsir, al-Baghawi, al-Baidhawi, al-Khazin, dan M. Abdul Mun’in Al-Jamal.

2. Dari segi topik (fokus) debat, sebagian mufasir menjelaskan bahwa jidâl billati hiya ahsan sebagai debat yang dimaksudkan semata-mata untuk mengungkap kebenaran pemikiran, bukan untuk merendahkan atau menyerang peribadi lawan debat. Sayyid Quthub menerangkan bahwa jidâl billati hiya ahsan bukanlah dengan jalan menghinakan (tardzîl) atau mencela (taqbîh) lawan debat, tetapi berusaha meyakinkan lawan untuk sampai pada kebenaran (Fî Zhilâl al-Qur’âdan, XIII/292).

3. Dari segi hujjah, sebahagian mufasir menjelaskan bahawa hujjah dalam jidâl billati hiya ahsan mempunyai dua tujuan sekaligus, yaitu untuk menghancurkan hujjah lawan (yang batil) dan menegakkan hujjah kita (yang haq). Imam an-Nawawi al-Jawi (Marah Labid, I/517) menjelaskan bahwa tujuan debat adalah ifhâmuhum wa ilzâmuhum (untuk membuat diam lawan debat dan menetapkan kebenaran pada dirinya). Imam al-Alusi mencontohkan debatnya Nabi Ibrahim a.s. dengan Raja Namrudz (Rûh al-Ma‘âni, V/487).

Jika kita dalami, dalam debat itu ada dua hal sekaligus: menetapkan kebenaran dan menghancurkan kebatilan (Lihat: al-Baqarah : 25 . Seruan dengan jidâl billati hiya tertuju kepada orang yang menentang kebenaran dan cenderung untuk membantah dan mendebat.


Aplikasi Dalam Dakwah

Jika kita hendak menjelaskan wajibnya menegakkan Khilafah Islamiyah, misalnya, kita dapat menggunakan cara hikmah; jika kita berdakwah kepada ulama, intelektual, pemikir, dan sebagainya, dalam forum yang khusus dan terbatas (bukan forum umum). Di sana dapat dijelaskan wajibnya Khilafah secara detil dan mendalam, misalnya dengan menerangkan definisinya; berbagai definisi Khilafah dan tarjîh (analisis)-nya; dalil-dalil kewajibannya secara terperinci dari ayat al-Quran, as-Sunnah, Ijma Sahabat, Qâwâ‘id Syar‘iyyah, termasuk juga wajh istidlâl (cara penyimpulan hukum dari dalilnya) sesuai dengan disiplin ilmu usul feqh; berbagai pendapat ulama salaf dan khalaf mengenai wajibnya Khilafah, kitab-kitab rujukannya, termasuk bantahan terhadap pendapat yang mengingkari wajibnya Khilafah, baik pendapat dari orang terdahulu mahupun orang sekarang.

Kepada masyarakat awam, dalam forum-forum yang umum dan terbuka, ditempuh cara maw‘izhah hasanah. Di sini tetap harus dijelaskan wajibnya Khilafah beserta dalil-dalilnya, hanya saja tidak sedalam penjelasan kita kepada golongan yang diseru dengan hikmah di atas, disertai dengan targhîb dan tarhîb untuk menyentuh perasaan mereka, misalnya disampaikan hadis sahih riwayat Imam Muslim, bahawa siapa saja yang tidak berbaiah kepada Khalifah, dia akan mati jahiliyyah.

Adapun kepada para penentang Khilafah, seperti kaum sekular dan liberal, ditempuh cara jidâl billati hiya ahsan, baik dalam forum khusus maupun umum. Kita berbicara secara lunak, tidak kasar;. Kita menghancurkan hujjah hujjah palsu mereka untuk menolak Khilafah, yang sesungguhnya adalah idea sekularisme yang kufur. Lalu kita menegakkan hujjah-hujjah kita atas mereka bahwa kewajiban Khilafah adalah sesuatu yang tidak dapat diragukan lagi, kecuali bagi orang-orang kafir atau munafik yang sombong terhadap kebenaran. Wallâhu a‘lam.


Natijah

Konklusinya, berdasarkan dari apa yang kita bincangkan tadi maka dapatlah kita ketahui bahawa dakwah secara berhikmah itu bukan hanya tertumpu kepada berlembut semata mata akan tetapi dakwah itu perlulah dilakukan berdasar tahap mad’u (sasaran dakwah) kita. Jika mad’u kita itu dari kalangan orang yang mengetahui maka perlulah penjelasan yang terperinci dan tegas kerana dakwah kita besertakan dalil yang lengkap. Jika mad’u kita dari kalangan orang yang tidak memahami islam yang sebenarnya maka barulah digunakan cara yang lembut. Lembut semata mata tidak akan berkesan kepada mad’u yang telah mengetahui hakikat sesuatu perkara kerana mereka akan mencari dalih bagi membenarkan tindakan mereka.

Kebanyakan dari mereka akan menggunakan dalil dari firman Allah yang bermaksud :

"Tiada paksaan dalam agama."

Para mufassirin menyatakan dalil ini adalah kepada mereka yang belum memeluk Islam dan tiada paksaan bagi mereka dalam memilih Islam atau kekal dalam agama mereka jika mereka tunduk dan patuh kepada kerajaan islam dan membayar jizyah. Akan tetapi jika mereka itu telah memeluk Islam maka tidak boleh lari dari apa yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya kerana itu adalah tuntutan agama.

Manakala mad’u yang baru memahami Islam perlulah secara berlembut agar apa yang disampaikan oleh dah’ie itu berkesan dan menampakkan kesyumulan islam.


Fatwa as-Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Bazz
"Jalan Dakwah Yang Efektif"

PERTANYAAN :

Apakah jalan yang paling efektif menurut yang mulia untuk melancarkan upaya dakwah mengajak manusia kepada agama Allah di masa kini?


JAWAPAN :

Jalan yang paling efektif untuk melancarkan dakwah Islamiyah di masa kini ialah dengan memanfaatkan media masa. Kerana media masa adalah senjata yang sangat tajam dalam membentuk pemikiran dan peribadi seseorang. Kerana itu apabila saranan ini dimanfaatkan dalam dakwah kepada agama Allah dan membimbing manusia untuk memahami segenap ajaran-ajaran Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam, apakah dalam bentuk siaran radio, akhbar (dan majalah), televisyen, maka yang demikian ini tentu membawa kemanfaatan yang besar bagi umat Islam di mana pun mereka berada. Dan bahkan Allah akan memberikan manfaat pula melalui saranan ini bagi selain Muslimin sehingga mereka memahami Islam dan memikirkannya serta mengenal kebaikannya sehingga diharapkan mereka menyakini bahwa Islam adalah jalan keselamatan di dunia dan akhirat.

Oleh kerana itu adalah merupakan kewajiban bagi para dah’i dan juga pemerintah-pemerintah Muslimin untuk ikut serta mengupayakan dengan kemampuan yang ada untuk memanfaatkan sarana siaran radio, akhbar akhbar dan majalah, stesyen stesyen televisyen, khutbah-khutbah di berbagai acara, atau pun khutbah Jum’at dan khutbah yang lainnya (seperti khutbah Raya) dan lain-lainnya dari berbagai media masa untuk menyampaikan kebenaran kepada sekalian manusia dengan berbagai bahasa yang dituturkan oleh bangsa-bangsa di dunia, sehingga dakwah Islamiyah dapat sampai ke segenap penjuru dunia.

Yang demikian ini adalah kewajiban yang dibebankan kepada mereka yang mempunyai kemampuan dari kalangan para ulama, pemerintah-pemerintah Muslimin, para juru dakwah ke jalan Allah, sehingga amanah agama ini dapat sampai ke segenap penjuru dunia dengan bahasa yang difahami oleh penduduk negeri masing-masing. Inilah kewajiban yang Allah tugaskan kepada Nabi-Nya:

"Wahai Rasul, sampaikanlah agama yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu." (Al-Maidah: 67)

Maka wajib atas Rasul shallallahu 'alaihi wa sallam untuk menyampaikan agama ini, demikian pula segenap Nabi dan Rasul lainnya mempunyai kewajiban yang sama salawatullah wa salamu 'alaihim. Demikian pula para pengikut Rasul mempunyai kewajiban yang sama dalam menyampaikan agama ini. Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Sampaikanlah dariku walaupun hanya satu ayat." (HR. Bukhari dalam Kitab Shahihnya)

Dan Beliau bila telah selesai berkhutbah di hadapan kaum Muslimin mengatakan:

"Maka hendaklah yang hadir di sini menyampaikan kepada yang tidak hadir di sini, karana sebahagian orang yang disampaikan padanya ilmu ini lebih faham daripada yang mendengar langsung." (HR. Bukhari dalam Shahihnya).

Oleh kerana itu, wajib atas segenap umat Islam, baik pemerintahnya mahu pun ulama’nya, atau pedagangnya dan lain-lainnya untuk menyampaikan agama Allah dan Rasul-Nya ini dan menjelaskannya kepada sekalian manusia dengan bahasa masing-masing dengan cara yang sejelas-jelasnya. Dan agar menjelaskan keindahan Islam dan hukum-hukumnya, berbagai kegunaan serta hakikat kebenaran Islam, sehingga agama ini difahami oleh musuh-musuhnya dan difahami pula oleh orang-orang yang tidak memahami tentangnya. Juga orang-orang yang senang dengan Islam dapat memahaminya dengan baik. Dan Allah-lah yang memberi taufiq (bimbingan) kepada kebenaran.

Allahu a'lam bisshawab.


Oleh:
Muhamad Farhan Ismail
Jabatan Feqh Wa Usuluh
Universiti Mu’tah
Jordan

---------------------------------------


Nota kaki:

(1) Al-Wahidi, Asbâb an-Nuzûl, dalam Syaikh Hasanain Muhammad Makhluf,Tafsîr wa Bayâdan Kalimât al-Qur’âdan, hlm. 249.

(2) As-Suyuthi dan al-Mahalli, Tafsîr al-Qur’âdan al-‘Azhîm (Tafsîr al-Jalâlain), hlm. 196-197.

(3) Ini berdasarkan kaedah usul, “Al-‘Ibrah bi ‘umûm al-lafzhi lâ bi khushûsh as-sabab” .Lihat Muhammad bin ‘Alawi Al-Maliki, Zubdah al-Itqâdan fî ‘Ulûm al-Qur’âdan, hlm. 12; Wahbah az-Zuhaili, Ushûl al-Fiqh al-Islâmi, I/273.

(4) Contoh lain seperti ini, firman Allah yang berbunyi: Wallâhu yad‘u ilâ Dâr as-pasalâm (Allah menyeru ke Darul Salam). Lihat asy-Syaukani, Irsyâd al-Fuhûl, hlm. 132; Syaikh Muhammad Nashir aAs-Sa’di, 70 Kaidah Penafsiran Al-Qur‘an (Al-Qawâ‘id al-Hasan fî Tafsîr al-Qur’âdan), hlm. 14.

(5) Ini sesuai dengan kaedah usul, “Khithâb -rasûl khithâb li ummatihi” (Seruan kepada Rasulullah adalah seruan pula kepada umatnya). Lihat Syaikh Taqiyuddin an-Nabhani, Asy-Syakhshiyah Al-Islamiyah, III/241.

(6) Al-Baidhawi, Anwâr at-Tanzîl wa Asrâr at-Ta‘wîl (Tafsîr al-Baydhawi), III/195; Al-Khazin, Lubâb at-Ta‘wîl fî Ma‘âni at-Tanzîl, IV/124; Muhammad Sulayman al-Asyqar, Zubdah at-Tafsîr min Fath al-Qadîr, hlm. 363.

(7) An-Nawawi al-Jawi, Marah Labid Tafsir An-Nawawi, I/516-517.

(8) Muhammad Abdul Mun’in Al-Jamal, At-Tafsîr al-Farîd li al-Qur’âdan al-Majîd, hlm. 1704.

(9) Al-Khazin, Lubâb at-Ta‘wîl fî Ma‘âni at-Tanzîl, IV/124. Ini sesuai dengan makna bahasa maw’izhah, yakni memberi nasihat atau peringatan dengan menerangkan akibat-akibat (bi al-‘awâqib) dari sesuatu perbuatan. Lihat Ibrahim Anis dkk, Al-Mu‘jam Al-Wasîth, hlm. 1043.

(10) An-Nisaburi, Gharâ’ib al-Qur’âdan wa Raghâ’ib al-Furqâdan, XIV/130-131.

(11) Demikian menurut Muhammad Khayr Haikal, Al-Jihâd wa al-Qitâl fî as-Siyâsah asy-Syar‘iyyah, I/786 & 790, mengikuti pendapat al-Mawardi dalam Al-Ahkâm ash-Shulthaniyah hlm. 37-38, al-Kasani dalam Badâ‘i‘ ash-Shana`i‘, VII/100, dan As-Sarakhsi dalam Syarh as-Sayr al-Kabîr, I/75-76.

(12) Sayyid Quthub, Fî Zhilâl al-Qur’âdan, XIII/292

(13) Al-Alusi, Rûh al-Ma‘âni, V/487

(14) Ibnu Katsir, Tafsîr al-Qur’âdan al-‘Azhîm, II/591

(15) Al-Alusi, V/487; dari. Muhammad Abdul Mun’in al-Jamal, hlm. 1704

(16) Tiga alternatif bertahap ini didasarkan pada hadis sahih riwayat Imam Muslim dari sahabat Buraidah al-Aslami r.a. (Shahîh Muslim, hadis no. 1731); Muhammad Khayr Haikal, I/786 & 790.

(17) As-Suyuthi dan Imam Al-Mahalli, hlm. 199; al-Baghawi, Ma‘âlim at-Tanzîl (Tafsîr al-Baghawi), III/74; al-Fayruzabadi, hlm. 232

(1 Ibnu Kathir, II/591

(19) Lihat: Terjemahan al Quran ke dalam bahasa Melayu, cetakan mujamma’ al Malik Fadh, Madinah.hlmn 421.

(20) Lihat: Al-Baidhawi, III/195; Al-Alusi, V/487; an-Nisaburi, XIV/130-131; Al-Khazin, IV/124; an-Nawawi, I/516-517.

(21) Lihat: Sayyid Quthub, XIII/292; an-Nisaburi, XIV/131; al-Baidhawi, III/195; al-Alusi, V/487; an-Nawawi, I/517; al-Khazin, IV/124.

(22) Al-Fayruzabadi, hlm. 232.

(23) As-Suyuthi dan al-Mahalli, hlm. 199.

jangan engkau kawin wanita yang enam

Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan
sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering
menyatakan, Aku membuat itu keranamu.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

jangan benci-membenci

JANGAN BENCI - MEMBENCI

Oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

RAMAI juga orang yang gagal dalam pergaulan
kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati
mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam
diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah
benci terhadap kita. Misalnya, orang yang
membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh
rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya
atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat
kebencian daripada rakan sekerjanya atau
malahan ketua jabatannya. Justeru hapuskanlah
segala perasaan benci daripada hati kita agar kita
mudah menjalin hubungan dengan orang lain.






Kaedah Mengikis Benci
Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah
dengan memaafkan semua orang sebelum tidur
malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita
sentiasa mencuci muka, memberus gigi,
membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak
bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan
semua orang sebelum tidur?

Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan
bahawa dengan memaafkan semua orang
sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati
serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin
hubungan baik dengan orang lain.


Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan
Dalam Pergaulan
Antara faktor yang menyebabkan kita mudah
berinteraksi dengan orang lain dan orang lain
mudah tertarik kepada kita ialah :-



1 Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus
dan umum yang lain.


2) sentiasa bersangka baik terhadap orang (
walaupun kita perlu berwaspada setiap masa)


3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada
orang di sekeliling kita.


4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk
wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat,
idea, pandangan, sokongan moral dan doa yg
berterusan.


5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a.
w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab
sebelum kita memarahi orang.


6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang
lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi
dengan kita.


7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa
sayang -menyayangi antara satu dengan yang
lain.


8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif
setiap masa. Peribadi yg kurang sopan akan
menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.


9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa
dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.


10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau
benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita
tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal
jalan apabila mengingati mati.


11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian
Allah swt.


12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat
kepada orang lain. Pemberian salam akan
mengukuhkan hubungan sesama manusia.


13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-
individu yang memerlukan simpati dan perhatian.


14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.


15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan
sembunyikan kelemahan atau keburukan orang
lain.


16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum
berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan
dengan doa.

Terlebih dahulu baiki diri untuk menarik perhatian
orang lain terhadap diri kita, kita perlu Orang yang
mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang
kegiatan yang boleh men-sabotaj dan merosakkan
dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan
secara berhikmah dan sentiasa memikirkan
perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang
sarjana:

"Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu
(berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda
kisah terhadap mereka"

israk dan mikraj

NABI Muhammad SAW dalam perjalanan Israk
dan Mikraj juga dipertemukaan dengan beberapa
kaum yang muka mereka itu seumpama kertas
(berwarna putih). Beberapa kaum pula yang muka
mereka berwarna putih, tetapi berubah sedikit
(kurang putih).

Kaum yang berwajah kurang putih itu masuk ke
dalam sungai dan mandi dalamnya. Apabila keluar
dari sungai, wajah mereka berubah iaitu bersih
sedikit daripada yang asal.

Mereka masuk ke dalam sungai kedua. Apabila
keluar, wajah mereka bertambah bersih dan putih.

Mereka masuk pula ke sungai ketiga dan mandi
tiba-tiba muka mereka menjadi semakin putih dan
bersih.

Rasulullah bertanya: "Siapakah itu wahai Jibril?"

Jawab Jibril: "Ada pun muka mereka yang
berwarna putih itu ialah mereka yang tidak
mencampurkan iman dan perbuatan zalim dengan
membuat maksiat.

"Mengenai keadaan muka mereka yang bersih
sedikit itu ialah mereka yang menyempurnakan
amalan soleh dengan bercampur kejahatan, tetapi
akhirnya mereka bertaubat, lalu taubat mereka
diterima oleh Allah.

Dalam satu riwayat lain, mengatakan bahawa
dalam perjalanannya ituRasulullah terlihat umatnya
terbahagi kepada dua kumpulan.

Satu kumpulan memakai selendang putih dan satu
kumpulan lagi memakai selendang kelabu.

Apabila Rasulullah memasuki Baitul-Makmur,
Baginda diikuti oleh mereka yang memakai
selendang putih. Kemudian diikuti yang memakai
selendang kelabu.

Rasulullah pun menunaikan solat bersama segala
mukmin itu. Sejak itu Baitul-Makmur dipenuhi oleh
70,000 malaikat setiap hari dan tidak keluar lagi
hingga Hari Kiamat.

Baitul-Makmur terletak pada langit ketujuh di
bawah syurga dan berkebetulan bertentangan
dengan Kaabah di bumi.

Selepas bersolat, Rasulullah keluar dari situ
sambil diikuti mereka yang mengikuti Baginda
sejak tadi.

Kemudian Jibril membawa tiga bejana berisi air
yang berlainan kepada Rasulullah. Baginda
memilih bejana berisi susu untuk diminum.

Dengan pilihan itu, Jibril mengakui: "Engkau telah
memilih asal kejadian engkau serta umat engkau."

Lalu mereka pun diangkat ke Sidaratul-Muntaha
dan di sinilah kawasan terakhir yang dibenarkan
sesuatu yang datang dari pihak bumi.

Tiba-tiba Rasulullah terlihat sebatang pokok kayu
yang daripada batangnya keluar empat batang
sungai yang airnya tidak berubah rasa (air tawar).
Satu sungai airnya berupa susu yang tiada
berubah rasa, satu sungai lagi airnya berupa arak
yang lazat dan satu sungai yang airnya daripada
madu yang jernih.

Pada satu riwayat ada mengatakan sesungguhnya
satu daun daripada pokok berkenaan boleh
menutupi seluruh makhluk yang wujud. Bagi setiap
daun, ada malaikat yang mengucapkan tasbih
kepada Allah.

Sewaktu malaikat bertasbih, berubahlah warna
daun itu dan akhirnya ia menjadi yakut dan
zabarjad.

Empat batang sungai tadi adalah daripada dua
batang sungai yang tersembunyi dan dua batang
sungai yang nyata.

Bertanya Rasulullah kepada Jibril: "Wahai Jibril,
sungai apakah ini?"

Jawab Jibril: "Sungai tersembunyi ini ialah sungai
yang ada dalam syurga iaitu sungai yang Salsabil
dan Zanjabila. Dan sungai yang nyata itu ialah
Sungai Nil dan Sungai Furat."

Rasulullah diperlihatkan rupa Jibril yang sebenar di
Sidratul-Muntaha.

Jibril mempunyai 600 sayap di mana setiap sayap
besarnya kira-kira memenuhi alam ini. Sayap itu
dipenuhi dengan dar (permata besar) dan yakut.


DALAM perjalanan Israk Mikraj pada 27 Rejab, Nabi Muhammad SAW ditunjukkan pelbagai keazaban umat manusia di atas keingkaran yang mereka lakukan di dunia.

Rasulullah bersama Jibril dipertemukan dengan sebahagian kaum yang dihidangkan daging yang dimasak dengan baik dalam bekas perak. Di sebelahnya pula terhidang daging mentah, lagi busuk. Tetapi yang menghairankan, mereka memilih untuk makan daging mentah lagi busuk itu.

Baginda segera bertanya kepada Jibril mengenai perkara itu. Jibril menerangkan bahawa mereka adalah sebahagian daripada umat Rasulullah – lelaki dan perempuan yang mempunyai isteri atau suami yang halal–tetapi ditinggalkan. Sebaliknya mereka mendatangi perempuan atau lelaki za'niah (pelacur).

Dalam perjalanan berikutnya, ditunjukkan beberapa kayu berduri di jalan dan sesiapa yang melalui jalan berkenaan pasti akan terluka atau terkoyak bajunya. Lalu Rasulullah pun bertanya kepada Jibril.

Jawab Jibril: "Inilah seumpama beberapa kaum daripada umat engkau yang duduk di tepi-tepi jalan (lepak) mengintai-intai orang yang lalu di jalan itu bertujuan mengganggu dan sebagainya."

Lalu Jibril membaca firman Allah bermaksud: "Dan jangan kamu duduk di jalan-jalan untuk menakut-nakutkan (mengganggu) orang lain."

Ketika Rasulullah bersama Jibril meneruskan perjalanan, sampailah mereka ke suatu tempat. Di situ Baginda terlihat seorang lelaki yang berenang dalam lautan darah sambil dilontarkan batu ke mulutnya.

Rasulullah pun bertanya: "Apakah sebenarnya kejadian itu"? Jibril pun menjelaskan itulah diumpamakan sebahagian daripada umat Baginda yang memakan riba.

Kemudian Rasulullah berjumpa pula dengan seorang lelaki yangmenghimpunkan beberapa bekas kayu yang dia tidak terdaya memikulnya, tetapi semakin ditambah pula kayu itu. Semakin tidak terdaya semakin kayu itu ditambahnya dan begitulah seterusnya.

Rasulullah pun bertanya kepada Jibril mengenai kejadian itu, lalu, Jibril menerangkan bahawa itulah seorang yang memegang amanah, tetapi tidak mampu melaksanakannya, namun mereka masih juga mahu menerima amanah lain.

Seterusnya sampailah mereka ke suatu tempat di mana beberapa kaum yang menggunting lidah dan bibir sendiri.

Setiap kali lidah dan bibir mereka putus, ia pulih seperti sedia kala dan mereka mengguntingnya kembali dan begitulah seterusnya berulang-ulang kali.

Rasulullah pun bertanya kepada Jibril. Jawab Jibril: "Inilah diumpamakan seseorang yang mengajarkan manusia dengan tiada sebenarnya dan mereka tidak membuat apa-apa yang mereka ajarkan."

Kemudian Nabi Muhammad bersama Jibril terjumpa pula beberapa kaum yang mempunyai kuku tembaga tajam.

Mereka menggaru-garu muka serta badan hingga tersiat daging danbercucuran darah.

Rasulullah segera bertanya kepada Jibril mengenai perkara itu.

Jibril menjawab: "Inilah seumpama mereka yang makan daging, suaranya dengan mengumpat serta menjatuhkan maruah orang lain."

Selepas itu, dalam perjalanan seterusnya, Rasulullah ternampak satu lubang kecil. Tiba-tiba keluar seekor lembu jantan dan cuba hendak masuk semula ke dalam lubang itu, tetapi tidak berjaya.

Rasulullah pun bertanya kepada Jibril. Jawab Jibril: "Itulah umpama seseorang yang mengerjakan serta memperkatakan perkara yang dimurkai Allah, kemudian dia menyesali atas perbuatannya itu tetapi dia tidak mampu untuk menyesalinya."

Baginda dan Jibril pun meneruskan perjalanan dan tiba-tiba Rasulullah ditegur oleh pihak di sebelah kanan seraya berkata: "Wahai Muhammad, pandanglah aku. Sesungguhnya aku ingin bertanya kepada engkau suatu perkara."

Tetapi Rasulullah tidak menyahut panggilan itu. Lalu Jibril pun menerangkan bahawa itulah seruan Yahudi dan jika Baginda menjawab tadi, nescaya ramailah di kalangan umat Baginda yang menjadi Yahudi.

Selepas itu Rasulullah ditegur oleh pihak di sebelah kiri, tetapi Baginda masih tidak menyahut.

Berkata Jibril: "Itulah seruan Nasrani dan jika engkau menjawab seruan itu tadi, wahai Muhammad, nescaya ramailah di kalangan umat engkau yang menjadi Nasrani."

Tidak lama selepas itu, Rasulullah diseru seorang perempuan yang memakai perhiasan cantik. Tetapi, Rasulullah tidak menyahut panggilan itu.

Lalu Jibril pun menjelaskan kepada Rasulullah bahawa jika Baginda menjawab panggilan itu, nescaya ramailah di kalangan umatnya yangmementingkan perkara dunia daripada akhirat.

Selepas itu, Rasulullah diseru pula oleh seorang tua yang duduk jauh daripada mereka.

Berkata Jibril: "Teruskan perjalananmu wahai Muhammad. Sesungguhnya itu adalah musuh Allah (iblis)."

Lalu mereka pun meneruskan perjalanan.

Dalam perjalanan itu juga, tiba-tiba mereka bertemu seorang perempuan tua di tepi jalan.

Apabila ditanya oleh Rasulullah, Jibril pun menerangkan bahawa itulah diumpamakan umur dunia. Tiada apa-apa yang tinggal lagi melainkan umur perempuan tua itu.

iman cermin keperibadian setiap insan

ALLAH SWT hanya akan menilai apa yang diperbuat dan dilakukan seseorang sebagai balasan dan bekalan pada hari kemudian kelak.

Sehubungan itu,orang tidak akan menilai lagi apa yang terpendam dalam hati seseorang. Sebaliknya, apa yang dizahir dan dilahirkan melelui anggota tubuh badan yang juga cerminan apa yang tersemat dalam hati itulah yang akan menjadi neraca penilaian.

Oleh itu , amalan tidak beretika dan tidak bermoral yang semakin berleluasa dalam masyarakat adalah isyarat hati yang ketandusan nilai kerohanian yang luhur dan jauh daripada prinsip ajaran Islam sebenar.

Pernah berlaku satu peristiwa seperti diriwayatkan oleh pasal bin Sa’ad yang berkata: “Ada seorang lelaki yang lalu melewati hadapan Rasulullah SAW lalu melewati hadapan Rasulullah SAW, lalu Baginda bertanya kepada sahabat yang duduk di sebela Baginda: Apakah pendapatmu mengenai orang ini?

“Maka sahabat itu pun berkata: Dia adalah seorang lelaki dari kalangan terhormat. Demi Allah! Orang ini sangat layak untuk dinikahi jika dia datang melamar, diberi syafaat jika dia meminta syafaat.

“Rasulullah pun diam seketika. Kemudian, datang pula seorang lelaki melewati hadapan Baginda. Baginda kembali bertanya: Apakah pendapatmu tertang orang ini pula?

“Lantas sahabat itu pun berkata: Wahhai Rasulullah! Dia ini adalah dari kalangan orang fakir miskin. Dia ini sememangnya layak ditolak jika datang melamar, tidak layak diberi syafaat jika dia meminta dan juga tidak layak diberi perhatian jika dia berbicara.

“Maka Rasulullah bersabda yang bermaksud: Orang ini (yang kedua) jauh lebih baik daripada orang yang pertama tadi.”

Jelas daripada kisah yang dipaparkan di atas bahawa nilai dan taraf seseorang manusia bukannya diukur daripada kebesaran rupa lahiriyahnya. Begitu juga bukannya daripada kekayaannya, kemuliaan nasab keturunannya, keterampilannya yang menarik dan kemasyhuran atau ketinggian pangkatnya di kalangan manusia ramai.

Sebaliknya, neraca piawaian sebenarnya di sisi Allah SWT ialah sepohon iman yang bertapak kukuh di dasar hatinya dan buah amal yang dihasilkan oleh pepohon iman yang dibajai dengan keikhlasan. Begitu juga dengan ketakwaan dan ketundukan yang penuh tulus ke hadrat Allah SWT.

Tidakkah Allah SWT berfirman dalam surah al-Hujurat, ayat 13 yang bermaksud: “Sesunggunya semulia-mulia kamu di sisi kamu ialah orang yang lebih takwanya antara kamu (bukan yang lebih keturunannya atau bangsanya)."

*untuk diriku dan juga dirimu

it's easy

Planet Mars will be the brightest in the night sky starting August. It will look as large as the full moon to the naked eye. This will cultimate on Aug. 27 when Mars comes within 34.65M miles of earth. Be sure to watch the sky on Aug. 27 12:30 am. It will look like the earth has 2 moons. The next time Mars may come this close is in 2287. Share this with ur friends as NO ONE ALIVE TODAY will ever see it again...^_^

Nasihat Mencari Teman Al-Qamah pernah memberikan wasiat kepada puteranya...dan ia berkata.. "Hai anakku, Jikalau engkau merasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka pilihlah yang mempunyai sifat-sifat ini, iaitu Jikalau engkau melayaninya, ia suka melindungimu, Jikalau engkau bersahabat dengan dia, ia akan merupakan hiasan bagi dirimu dan jikalau engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, ia gemar pula mencukupi kekuranganmu...." Islam menggalakkan kita memilih sahabat dari kalangan mereka yang mempunyai tahap keimanan dan ketakwaan kepada Allah yang tinggi...dalam sebuah hadis ada mengatakan... " Pilihlah sahabat yang apabila kita meminta bantuan..dia akan memberikan jasa baiknya dengan rasa terharu....dan jika ia mengetahui keaiban diri kita..dia akan berusaha untuk menutupnya

"Ujilah sahabatmu itu dengan membuatkan dia marah kepada mu.Jikalau dalam keadaan marah itu dia masih cuba mengawal keadaan dan masih cuba menasihati perbuatanmu, maka itulah sebaik-baik sahabat yang engkau cari.Jika dia tidak, maka berhati-hatilah...." -- Luqman al-Hakim

"Janganlah kamu bersikap lemah, janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang beriman" (Q.S. Ali Imran (3):139)

Hadis Ibnu Umar r.a: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Tidak boleh berhasad dengki kecuali pada dua perkara iaitu terhadap seseorang yang dianugerahkan Al-Quran dan dia membacanya sepanjang siang dan malam. Juga terhadap seseorang yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan lalu dia membelanjakannya dengan baik pada waktu malam dan juga pada waktu siang"

Saidina Ali Karamallahu wajhah pernah berkata "Aku adalah hamba kepada mereka yang mengajarkanku satu huruf,samada aku dijual olehnya ataupun aku diperhambakannya"..betapa tinggi nilai seorang Guru..
Sabda Rasulullah saw "Celakalah orang yang memperbudakkan dirinya kepada wang dan harta. apabila diberi ia puas dan apabila tidak diberi ia gelisah" (Bukhori)

"Tidak ada paksaan untuk(memasuki agama Islam);sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Kerana itu barangsiapa yang engkar kepada Taghut dan beriman kepada ALLAH; maka sesungguhnya ia telah memegang tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"(Al-Baqarah:256-257)

Kekayaan yg sebenar ialah akal, kepapaan yg sebenar ialah rosak akal.Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri dan kemuliaan yg sebenar ialah akhlak yang baik"- Saidini Ali bin Abi Talib

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata, “Sesungguhnya aku termasuk dalam golongan orang yang menyerah diri” ( Al-Fusilat :33 )

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

"Dan ingtlah, apa jua kebaikan yg kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu tentulah kamu akan mendapat balasannya pd sisi ALLAH. Sebagai balasan yang sebaik2nya dan yg amat besar pahalanya dan mintalah ampun kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI" (Surah Al-Muzammil : 20)

Mutiara kata Ibnu-Qayyum :. Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt. Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt. Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

4 CARA TIDUR 1. Tidur Para Nabi Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi. 2. Tidur Para Ulama' & Ahli Ibadah Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam. 3. Tidur Para Raja Yang Haloba Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan. 4. Tidur Syaitan Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka. * Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)

sometimes misunderstood u, sometimes scolded u, sometimes learnt from u, sometimes praised u, sometimes laughed at u, but i in anycase wanted u as my friend so plz do not betray me and do keep in touch. send this to all ur friends and know who really cares abt u. and dont forget to send this back 2 me. without u my friend, the days of the week are... sadday... mournday... tearsday... wasteday... thirstday... frightday... and... shatterday... thanks 4 being my friend... keep smiling

"bEkuNya Air Mata keRana kErasNya haTi,kErasnya Hati KerAna baNyakNya doSa,bAnyaKnya doSa kerAna luPakan MatI,luPakan Mati kErana terLalu ciNtakAn duNia"

Sweet words are easy to say, Sweet things are easy 2 buy, but sweet people are difficult to find. Life ends when U stop dreaming, hope ends when U stop believing, love ends when U stop caring, friendship ends when U stop sharing. So share this with whom ever U consider a friend

Nabi s.a.w. bersabda; "Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dari yang haram dan mentaati suaminya maka dipersilakan dia masuk ke dalam Syurga dari pintu mana sahaja yang disukainya." - Riwayat Ahmad

Malu kepada Allah s.w.t. dalam setiap gerak-geri sama ada dari perkataan, perbuatan serta pengakuan. Malahan niat kita mestilah mengarah kepada matlamat bahawa Allah itu Maha Melihat, Maha Mengetahui dan Maha Mendengar, tidak ada sesuatu pun yang berlaku kecuali semuanya ada di dalam ilmuNya.

kian lama terpenjara... mencari makna cinta... dalam ungkap kata bersulam dusta... tika... gerbang rahmat terbuka... menjelma cinta suci... seharum dan selembut sutera kasih... terbentanglah tersingkap kebenaran... terlerailah terbenam kepalsuan... TUHAN... pada-MU ada kedamaian... diribaan-MU kebahagiaan... tiada lagi rasa kesangsian di hati... cinta-MU cinta tulus kasih murni... kasih-MU nan abadi...

Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!

Dari Abu Darda r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda : "Tidak seorang Muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama Muslim) yang berjauhan, melainkan malaikat mendoakannya pula : Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula."

"Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketaqwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya.. " ~ ( Yusof al-Qardawi ) ~

LELAKI YG CANTIK..... adalah lelaki yg mampu mengalirkan air mata untuk ingatan, adalah lelaki yg sedia menerima segala teguran, adalah lelaki yg memberi madu setelah menerima racun, adalah lelaki yang tenang dan lapang dada dan fikiran, adalah lelaki yg baik sangka, dan adalah lelaki yg tidak mengenal erti putus asa,.... kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati,..... seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yg ummiyi, adalah kecantikan yg sempurna bagi seorang lelaki....

in times of difficulties, don't ever say, " God I have a big problem", but instead, "hey problem, I have a big God", and everything will be alright...

Dari Aisyah ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan MalaikatNya pula mendoakan bagi orang-orang yang masuk menutup celah-celah saf sembahyang serta orang yang merapatkannya; dan orang yang masuk menutup celah saf sembahyang itu (akan beroleh satu tambahan lagi, iaitu) diangkatkan Allah martabatnya dengan perbuatannya yang tersebut: satu darjat." (Imam Ahmad dan Ibn Majah)

...hidup dalam dunia mesti BERSYUKUR...bersyukur pada yg menyakitimu kerana dia yg menabahkan hatimu, bersyukur pada yg menipumu kerana dia yg meningkatkan pengetahuanmu, bersyukur pada yg menjahatkanmu kerana dia yg memperhebatkanmu, bersyukur pada yg menyeksamu kerana dia yg menguji kesabaranmu..

"Fazakkir fainna zikra tanfa'ul mu'minin" Dan berilah peringatan kerana peringatan itu adalah bermanafaat bagi orang yang beriman. InsyaAllah

Dari Abu Muhammad Abdullah bin Amru bin Al-Ash r.a katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Tiada beriman sesaorang dari kamu sehingga hawa nafsunya patuh kepada apa yang aku sampaikan. ' "

Assallamuallaikum,
Berhati2lah kita,ketika membeli Kitab Al-Quran pd masa skrg..
Pls take note....!
Assallamuallaikum Warahmatullah...
Maklumat ini adalah pemberitahuan daripada seorang Muslimin yang prihatin (Mohamad Hazari) dalam Bahasa Inggeris tetapi telah di
Bahasa Melayukan. Apabila saudara-saudari hendak membeli Al-Quran terutamanya yang dalam edisi baru, maka berhati-hatilah kerana terdapat 4 surah yang palsu hasil ciptaan kafir laknatullah.....surah-surah tersebut adalah :
> a) Al-Iman
> b) Al-Wasaya
> c) At-Tajassud
> d) Al-Muslimoon
Jangan sekali-kali anda layari www.thequran.com kerana segala isinya adalah palsu....Dengan ini.....saya harap kawan-kawan dapat forwardkan mesej ini
kepada seramai mungkin umat Islam....Sesungguhnya, pahalalah yang akananda terima.insyaALL teman sejati...bukan yg selalu dekat di mata...bukan yg kerap bicaranya..TETAPI yg setia di HATI dan DINGATI..dlm setiap BISIKAN doanya.....

Ya ALLAH Ya Rabbi..jauhilah hati ku dari lalai kepadaMu. Dan peliharalah keyakinan ku kepada kekuasaan Mu. Agar aku tidak tersasar dari landasanMu.Ameen...

~..Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam..Ianya wujud tetapi amat sukar dilihat..~

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan serta kekurangan harta serta jiwa dan hasil tanaman. Lantas berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baraqah 2 : 155)

"Kekasih pilihan Allah dihadiahi dugaan hebat tanda kasihNya. Tidak dibiarkan lena dalam dakapan lazat melimpah. Tetapi, dihidangkan keperitan susah dan payah yang tiada sudah."

kian lama terpenjara... mencari makna cinta... dalam ungkap kata bersulam dusta... tika... gerbang rahmat terbuka... menjelma cinta suci... seharum dan selembut sutera kasih... terbentanglah tersingkap kebenaran... terlerailah terbenam kepalsuan... TUHAN... pada-MU ada kedamaian... diribaan-MU kebahagiaan... tiada lagi rasa kesangsian di hati... cinta-MU cinta tulus kasih murni... kasih-MU nan abadi...

Ingatlah ! Sesungguhnya segala yg ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan ALLAH. Awaslah ! Sesungguhnya janji ALLAH itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (Surah Yunus ayat 55)

1. ORANG YANG TIDAK JUJUR Orang yang kalau kentut, selalu menyalahkan orang lain
2. ORANG BANGANG Orang yang menahan kentutnya berjam jam
3. ORANG YANG BERWAWASAN JAUH Orang yang tahu bila dia hendak kentut
4. ORANG SENGSARA Orang yang nak kentut tapi tak boleh kentut
5. ORANG YANG MISTERI Orang yang kalau kentut, orang lain takkan tahu
6. ORANG YANG GUGUP Orang yang tetiba tahan kentutnya bila tiba masa untuk kentut
7. ORANG YANG PERCAYA PADA DIRI SENDIRI Orang yang selalu menganggap kentutnya berbau harum
8. ORANG YANG SADIS Orang yang kentut di katil, terus mengibaskan kentutnya pada katil orang lain
9. ORANG YANG PEMALU Orang yang kalau kentut selalunya tak berbunyi tapi selalu merasa malu sendiri
10. ORANG YANG STRATEGIK Orang yang sering menyembunyikan kentutnya
11. ORANG YANG BIJAK,orang yang kentut di dalam jamban yang kentutnya hadir bersama-sama CIRITAN TAIK CIRIT yang memedihkan & menghiris kalbu

Narrated 'Abdullah bin 'Amr: The Prophet said, "A Muslim is the one who avoids harming Muslims with his tongue and hands. And a Muhajir (emigrant) is the one who gives up (abandons) all what Allah has forbidden."

"daripada Abu hurairah RA berkata Rasulullah SAW bersabda, daripada keindahan Islam adalah seseorang yang meninggalkan sesuatu yang tidak bermanafaat terhadap dirinya"

"Perbuatan manusia yang pertama kali dihisab
pada hari kiamat kelak adalah shalatnya. Bila
shalatnya baik, dia akan beruntung dan selamat.
Akan tetapi, bila shalatnya tidak benar, dia akan
gagal dan merugi. Jika ada yang kurang sedikit
dari kewajiban yang dilakukannya, kelak Tuhu
yang Maha Gagah dan Maha Mulia akan
berfirman: '(Wahai Malaikat), perhatikanlah apa
hamba-Ku ini melakukan shalat sunnah sehingga
dapat menyempurnakan kekurangannya dalam
melakukan shalat wajib, kemudian semua
amalnya akan dihisab dengan cara seperti ini.'"
(H.R. Tirmidzi, Hadits hasan)
Maksud Hadits ini ialah seseorang dinilai taat
beragama bila ia menunaikan kewajiban shalat
dengan benar. Seseorang yang mengaku muslim
tetapi terkadang menjalankan shalat, terkadang
tidak, berarti tidak taat beragama. Bila ia
melakukan shalat tetapi tidak mengikuti tuntunan
Rasulullah SAW, shalatnya tidak benar. Orang
semacam ini termasuk orang yang tidak taat
beragama.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar

Sabda Rasulullah saw "Barangsiapa menyimpan ilmunya maka Allah akan memasang sumbu api pada dirinya" (Ahmad)

semoga hidupmu disinari nur keimanan, matimu diulit ketaqwaan, amalmu menggunung dengan keikhlasan, akhlakmu indah bersendikan al-Quran, hatimu terhibur dengan irama perjuangan...

Usah gelisah apabila dibenci manusia karena masih banyak yang menyayangimu di dunia tapi gelisahlah apabila dibenci Allah karena tiada lagi yang mengasihmu diakhirat.

Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a., ??? ???? ?????
daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik

Mujahid mengatakan. "Wanita yang keluar rumah yang berjalan dihadapan laki-laki yang bukan muhrimnya telah bertabarruj (bersolek) dengan tabarruj jahiliyah

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, dia menceritakan, Rasullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda. "Artinya : Ada dua kelompok penghuni neraka yang belum pernah aku melihatnya, yaitu : Suatu kaum yang bersamanya cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk mencambuk orang-orang, dan wanita-wanita berpakaian tetapi telanjang, genit, kepalanya seperti punuk unta yang miring, mereka tidak akan masuk surga, tidak juga mencium bau surga, sesungguhnya bau surga tercium dari jarak ini dan itu". [Hadits Riwayat Muslim]

Seorang teman akan... Menguatkanmu dengan doanya, Menghargaimu dengan cintanya, Memberi semangat dengan harapannya... "Words can say so little when someone means so much"

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman."
Surah Aali-Imran: 139

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."

“Berwaspadalah engkau daripada sifat tamak, tetapi redalah dengan qada (Allah) serta yakinlah dengan apa yang telah dibahagi-bahagikan Allah akan bahagianmu yang dapat menjernihkan kehidupanmu, menggembirakan dirimu serta melazatkan (membahagiakan) hidupmu.”

org yg bersyukur adalah org yg bersyukur atas sesuatu yg dia ada tetapi org yg sangat bersyukur adalah org yg bersyukur atas apa yg ia tidak ada

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan **** (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayatThabrani) Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi"
(Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis riwayat Ahmad)

Mungkinkah ape yg telah berlaku merupakan satu peringatan dr tuhan?atau sebagai bala atas perbuatan dan kejahilan umat manusia selama ini?wallahu'alam...bersama kita renungkan..

Berikut adalah beberapa URL website yg boleh kita layari untuk melihat perkara2 yg belum dan sesudah berlakunya kejadian gempa bumi + tsunami yg terlah melanda beberapa negara di dunia ini.
* Paparan2 video :
http://usm.net.my/yncr/modules.php?
name=Internet_TV
* Gambar (sebelum+sesusah kejadian) :
http://www.nytimes.com/packages/html/intern
ational/20041227_QUAKE_FEATURE/index.h
tml
* Gelombang pergerakan tsunami : http://www.raudhah.com

Satu lagi perkara yg benar2 menejutkan kita, salji turun pertama kali ditanah Arab. Wahai sahabat-sahabat, inilah tanda-tanda kiamat yang diceritakan di dalam Alquran & Al-Hadith, Sebarkan kepada saudara Islam kita yang lain..Kemungkinan Kita Generasi Terakhir!! -tlg cek la ayat al_quran tu.

Bersama kita renung2kan kembali hikmah disebalik ape yg telah berlaku.
Tanda2 akhir zaman dah banyak. Semoga kita senantiasa di dalam lindungan Yang Maha Esa, amin ya rabb.. dan semoga Allah permudahkan kesempitan yg dihadapi oleh umat2 nabi Muhammad SAW dan menabahkan hati kita serta menetap dan menguatkan iman di dada kita semua. Aminnnnn...

Catu cenje,ciput cite2 came copot cambil cari cengkerik.ciput cuke cite2 came copot cebab copot cahabat ciput.Cemace ciput came copot cari cengkerik,ciput cakcikan catu cahye cerah.cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai ciput came copot cilau.cahaye cerah cube culik copot.ciput cangat cuak.ciput cepat2 camba copot cebelum cehaye cerah cempat culik copot. copot cangat cuak came.ciput came copot cepat2 cari chelter cambil cpt2 cembunyi.ciput came copot cembunyi cenyap2 cupaye cahaye cerah cucah cari ciput came copot.ciput cakap came copot,"chuuu..chuuu..cenyap..cenyap copot..".copot cambung cakap,"copot cudah cenyap...ciput cenyap camelah... ".celepas cejam, cahaye cerah cudah chow cebab cucah cari ciput cape copot.ciput came copot cangat cuke cebab cahaye cudah cerah.

selagi mane kau bernama manusia kau akan terus berdosa wahai insan dan sebaik-baik insan berdosa adalah mereka yang mahu bertaubat. Sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengampun segala dosa hambaNya

Peliknya umatku.... Bola punya hal,pukul 3 pagi boleh bersengkang mata. Bola punya hal,ringan aje tubuh untuk bangun diwaktu ayam pun tak bangun lagi Tapi, pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud 2 rakaat diwaktu sahur cukup menyeksakan baginya. Peliknya umatku.. menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut menangis namun, berapa sgt umatku yg sudi melinangkan air matanya sbg taubat kpd yg Esa?berapa sgt umatku yg menangisi kerana kematian seseorang ulama dan solehin?

Sesiapa yang menahan marah sedangkan dia boleh melepaskan kemarahannya, maka pada hari kiamat Allah s.w.t akan memanggilnya di hadapan semua makhluk kemudian dia disuruh untuk memilih mana-mana bidadari yang diinginkan olehnya.
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Tinggalkanlah apa yang kamu ragukan dan lakukanlah apa yang kamu tidak ragukan. Sesungguhnya perkara yang benar itu membawa ke arah ketenangan dan perkara yang dusta itu akan menimbulkan keraguan.
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Sesungguhnya dunia itu manis dan indah. Sesungguhnya Allah memberi kuasa kepada kamu untuk menguruskan apa yang ada di dalamnya, kemudian Allah akan mengawasi pula apa yang kamu lakukan. Oleh itu berhati-hatilah kamu terhadap dunia dan wanita. Sesungguhnya fitnah pertama yang menimpa Bani Israel adalah wanita.
(Hadis riwayat Imam Muslim).

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!" x 10 Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardkan email ini kepada rakan-rakan anda untuk berkongsi ilmu ini. Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit ini Laa ilaaha illalLah

Hadis nabi mengenai wanita:
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

"Allah sangat gembira menerima taubat seseorang kamu,melebihi kegembiraan seseorang yang menemukan kembali barangnya yang hilang" - Riwayat Muslim

Sometimes when u love something..u have to let it go.When it comes back to you ,that means it is meant to be yours and if it doesn't...then it wasn't yours since the first place...

All humans are dead except those who have knowledge; and all those who have knowledge are asleep; except those who do good deeds; and those who do good deeds are deceived; except those who are sincere; and those who are sincere are always in a state of worry.
-Imam Shafi

Islam isn't just a religion. It's everything.
-Yusaf Islam

If you want to talk to Allah, perform Solah. If you want Allah to talk to you, read the Quran.
-Anonymous

Don't ask where is God, ask where I am
-Anonymous

If you don't wake up for Fajr, then don't wake up at all.
-Hamza Yusaf

Since you are not a prophet, follow the way taught by prophets.
Since you are not a king, be a loyal subject to the king.
Since you are not a captain, do not take the helm of the ship.
Since you do not posses every skill, have partners in your business.
Be as pliant as dough in the hands of others, so that you may rise.
-Jalaluddin Rumi

It is not muslims that have Islam great, it is Islam that has made muslims great.
-Muhammed Asad

If you are looking for a faultless friend, you will be friendless.
-Jalaluddin Rumi

The candle is not there to illuminate itself
-Nawab Jan-Fishan Khan

Knowledge is not what is memorized
Knowledge is what benefits.
-Imam Shafi'

Most people don't pray until they are in trouble
When people need help they pray allot
But after they get what they want, they slow down
If a man takes five showers a day he will be clean
Praying five times a day helps me keep my mind clean
-Muammed Ali

“Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Maka dengan demikian , engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Sabda Nabi SAW:"sesungguhnya iman itu ialah apa yang ditasdiqkan oleh hati,dibenarkan oleh lisan dan dizahirkan dengan amal perbuatan(aukamaqol Rasul SAW)

Sabdanya pula, "Bukanlah seorang mukmin yang suka mencela, pengutuk, kata-katanya keji dan kotor." (HR. Turmudzi)

Dari Jundah bin Abdullah ra, beliau mengatakan: Aku mendengar
Rasulullah saw bersabda mafhumnya -
"Barangsiapa yang menyebarkan aib orang lain, maka Allah akan
menyebarkan aibnya pada hari kiamat." Dan baginda saw juga berkata: "Siapapun
yang menyusahkan orang lain, maka Allah akan menyusahkan dirinya pada
hari kiamat." Para sahabat berkata: "Berilah kami nasihat!" Baginda saw
bersabda: 'Sesungguhnya bagian tubuh manusia yang pertama kali membusuk
adalah perut, maka siapa saja yang sanggup hanya makan makanan yang baik
maka hendaknya ia melakukannya. Barangsiapa yang mampu untuk tidak
dihalangi masuk syurga disebabkan darah sepenuh telapak tangan yang dia
tumpahkan maka hendaklah ia lakukan." (HR Bukhari)

"Saya mengagumi seorang pemuda kerana keberanian dan kemahirannya dan
saya mengagumi seorang pemudi kerana adab dan sifat malunya. Sebab,
keberanian adalah pelengkap akhlak dan sifat utama pemuda, sedangkan malu
adalah kecantikan pemudi yang paling utama."
(Mustafa Luthfi al-Manfaluthi)

"Wahai, kaum muslimin! Lawan dan musuhmu berani menyerang dan menjajah
kamu hanyalah kerana Allah meninggalkan kamu. Janganlah kamu mengira
bahawa musuhmu telah meraih kemenangan atas kamu tetapi sesungguhnya
Allah Yang Maha Pelindung dan Maha Penolong telah berpaling dari kamu. Demi
Allah, musuh-musuhmu bukannya kuat, tetapi umat Islam yang lemah."
(Asy-Syahid Hasan al-Banna)

Tiadalah malapetaka (musibah) dibumi dan tiada pula pada dirimu, melainkan (telah termaktub) dalam kitab(luth mahfuz) sebelum kami mengadakannya. Sungguh demikian itu mudah bg ALLAH ~ Al Hadiid: 22~

Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari
( Saidina Ali)

Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak ada hasad (iri hati) yang dibenarkan kecuali kepada 2 golongan; seseorang yang dikurniakan Allah pemahaman tentang Al-Quran, lalu mengamalkannya pada malam dan siang hari, dan seseorang yg dikurniakan Allah harta benda lalu memanfaatkan (di jln Allah) pada mlm dan siang hari" - Abdullah b. Umar r.a.

Dia yang mengasih sayangkan antara hati mereka. Jika engkau belanjakan semua yang di atas bumi ini, nescaya engkau tak daapat mengasih sayangkan antara hati mereka tetapi ALLAH mengasih sayangkan antara mereka itu. Sesungguhnya ALLAH Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana~Al Anfaal:63~

"Keburukan dan kemaksiatan bisa datang kerana hati seseorang dalam keadaan lengah dari zikir kepada Allah. Apabila hati seseorang itu lengah dari zikir kpd Allah, maka syaitan dgn serta merta akan masuk ke dlm hati seseorang itu dan mempengaruhinya utk membuat keburukan. Masuknya syaitan ke dlm hati yg lengah ini adalah lebih cepat drpd masuknya angin ke dlm sesebuah ruang" - ibn Qoyyim al-Jauziyah

Berwaspadalah dgn lisanmu kerana bahayanya cukup berat, membawa mudahnya terjerumus ke dalam neraka Allah. Ketahuilah, sesungguhnya setiap patah perkataan akan dihitung secara halus kecuali amar makruf , nahi mungkar serta zikrullah….

".....Jika kau rasa kecewa,pandanglah ke sungai,airnya tetap tenang walau 1000 batu menghalang.Bila kau rasa tersisih,pandanglah langit,kau kan rasa Allah tetap bersamamu...PUT YOUR TRUST IN ALLAH....."

Utsman bin Affan radhiallahu anhu berkata:
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
1. Hatinya selalu berniat suci
2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
4. Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah
5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ...bismillahirrahmanni rrahim"
Tafsirannya : Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sesungguhnya dunia itu manis dan indah. Sesungguhnya Allah memberi kuasa kepada kamu untuk menguruskan apa yang ada di dalamnya, kemudian Allah akan mengawasi pula apa yang kamu lakukan. Oleh itu berhati-hatilah kamu terhadap dunia dan wanita. Sesungguhnya fitnah pertama yang menimpa Bani Israel adalah wanita. (Hadis riwayat Imam Muslim).

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Nabi saw bersabda maksudnya:
” Makan, minum dan pakailah serta bersedekahlah dengan cara yang tidak sombong dan melampau, kerana Allah Taala suka melihat kesan daripada nikmat-Nya pada hamba-Nya”.
– Hadis Riwayat Imam Ahmad. Berkata pula Imam al-Bukhari daripada Ibn Abbas:
“ Makanlah apa yang kamu suka, pakailah apa yang kamu suka asalkan tidak dipengaruhi oleh dua keadaan iaitu berlebih-lebihan dan angkuh sombong.”

Sesunggunya orang-orang yang membantah ayat-ayat ALLAH tanpa keterangan yang sampai kepada mereka, tak adalah dalam dada mereka melainkan kesombongan yang tiada dapat disampaikannya, maka berlindunglah engkau kepada ALLAH. Sungguh DIA Maha Mendengar lagi Maha Melihat~Al-Mukmin:56~

Doa Nabi Yunus semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun...
"LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN" (Surah Anbiyak) Kirimkan kepada 10 orang, insyaallah Allah akan memecahkan segala kesulitan dan kebuntuan mu!

Sabda nabi "Jika kamu mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan mencukupkan kamu di atas semua perbelanjaan manusia. Sekiranya kamu mencari murka Allah dengan redha manusia, maka Allah akan menyerahkan kamu kepada manusia".

apabila engkau susah & bermasalah, halangan itu mesti ada & engkau berdosa.. tetapi jika engkau sabar & tabah, halangan itu mesti berhujung & engkau pasti mendapat pahala - Umar al-Khattab

Dan janganlah kamu mencampurkan kebenaran dengan kebatilan dan jangan kamu sembunyikan kebenaran itu, sedang kamu mengetahuinya ~ Al-Baqarah:42~

Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin. Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat..... dan yang paling rugi ialah orang yang ditinggalkan oleh sahabat.

Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar. Al Hadid:7

Doa Akhir Tahun Bismillah-hir-rahman-nir-rahim. (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang) Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memerintah dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad serta seluruh ahli keluarga Baginda dan para sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melanggar larangan-Mu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak redha padanya. Engkau telah menangguhkan azab-Mu itu yang telah ditetapkan padaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dari-Mu, ampunilah aku dari segala apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redhai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi. Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg terang dan indah daripada sang kelkatu yg menerjah api

"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya."Imam Al-Ghazali

Siapa yang menahan marah, padahal ia dapat memuaskan pelampiasannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk. Kemudian, disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya." (HR. Abu Dawud - At-Tirmidzi)

kasih manusia sering bermusim....sayang manusia tiada abadi....kasih Allah tidak bertepi...sayang Allah janjinya pasti.andai hidup punca perpisahan..biarlah mati menyambungnya semula..andai mati punca perpisahan...biarlah hidup membawa erti yg nyata

Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan keranaAllah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah danmembenci kerana Allah. (Hadis Riwayat Tabarani dari
(Ibnu Abbas r.a)

Disebalik senyuman dan wajah tenang seorang wanita.hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala gundah di hatinya,segala derita yang ditanggungnya.Rela disimpan sendiri kerana apa yang ingin dipersembahkan hanyalah wajah yang penuh ketenangan,walau hati ditimpa seribu duka.hanya Allah jualah tempatnya mengadu

Adakalanya, Rasulullah saw. juga marah. Namun, marahnya tidak melampaui batas kemuliaan. Itu pun ia lakukan bukan kerana masalah peribadi melainkan kerana kehormatan agama Allah. Rasulullah saw. bersabda, "Memaki-maki orang muslim adalah fasik (dosa),dan memeranginya adalah kufur (keluar dari Islam)." (HR.Bukhari)
Hadis Keempatpuluh hari Ibn Umar r.a., katanya : " Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ' Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. ' Maka Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati

Golongan Yg Hidup Untuk Dunia, berfahaman kebendaan "Dahriun". Allah telah menyebut golongan ini dalam firman-Nya : "Dan mereka menyatakan : " Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia sahaja dan kita tidak tahu sekali-kali akan dibangkitkan." (Al-An'aam : 29) Kita selaku hmba Allah yg mengetahui tentang adanya hari pembalasan haruslah melakukan persediaan yg sepatutnya ke arah hari pembalasan tersebut. Dengan ini, kita mestilah menggabungkan diri ke dalam agama Islam yakni Hidup Untuk Islam.

Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

dari An-Nawwas bin Sim'an r.a, dari Nabi SAW yang bersabda : " Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik. Dan dosa pula adalah apa yang tersimpul di dalam diri engkau dan engkau benci bahawa ia diketahui manusia mengenainya. ~ Riwayat Muslim

Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya. 2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin. 3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Apabila tiba hari Jumaat, berdirilah para malaikat di setiap pintu masjid, menuliskan nama orang-orang yang masuk ke masjid,satu demi satu, maka apabila Imam telah duduk di atas mimbar,mereka lipatkan buku catatan meerka dan bersama-sama mendengar khutbah (yang disampaikan) itu".Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim

Prinsip hidup Rasulullah:makrifat adlh modalku,akal adlh asal agamaku,rasa cinta adlh landasanku,rindu adlh kenderaanku,zikrullah adlh kesenanganku,percaya pada diri sendiri adlh perbendaharaanku,sedih adlh sahabatku,ilmu adlh senjataku,sabar adlh pakaianku,zuhud adlh pekerjaanku,redha adlh keuntunganku,yakin adlh kekuatanku,kejujuran adlh penolongku,taat adlh kecintaanku,jihad adlh akhlakku,kebahagiaanku adlh mengerjakan solah....

Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.
Al Hujurat:10

Hadith : Dari abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda:” Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”

Imam Syafi'e semasa ditanya dalil kewujudan Allah berkata, "Lihatlah kepada daun tut ini ( mulberry leaves ). Apabila dimakan ulat, ia mengeluarkan sutera. Apabila dimakan lebah, ia mengeluarkan madu. Apabila dimakan binatang ternakan, ia mengeluarkan najis. Apabila dimakan oleh rusa, ia mengeluarkan kasturi. Bagaimana semua ini dapat berlaku sedangkan daun yang dimakan adalah sama jenis?"

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi. Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg terang dan indah daripada sang kelkatu yg menerjah api

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r. a., daripada Nabi Muhammad s. a. w., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.

Dari Abu Hurairah r.a., bahwa Rasulullah saw. bersabda,
"Puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan adalah puasa bulan Muharam. Adapun salat yang paling utama setelah salat fardu adalah salat malam."
(H.R. Muslim)

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ..... 1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran. 2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam. 3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar. 5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!" x 10 Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardkan email ini kepada rakan-rakan anda untuk berkongsi ilmu ini. Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit ini Laa ilaaha illalLah

''Bukan sifat mukmin lelaki mahupun perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan hukum, mereka memilih-milih (yang sesuai dengan selera mereka)''. (Al
Ahzab:36)

Betulkah pernyataan Allah ada dimana-mana? Jawab: Tidak betul. Yang betul adalah bahwa Allah bersama kita dimana saja kita berada. Keterangan: Allah (swt) berfirman, "Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepada-Nya. Dan

Dia bersama kamu dimana saja kamu berada. Dan Allah maha melihat apa yang kamu kerjakan." (QS Al-Hadid 57:4) Allah (swt) ada diatas 'Arsy, namun keberadaan-Nya tidak sebagaimana keberadaan kita. Allah (swt) ada diatas 'Arsy, namun Dia tidak memerlukan tempat sebagaimana yang diperlukan oleh selain-Nya. Allah (swt) ada diatas 'Arsy, namun Dia se-kali2 tidak tunduk dan tidak p

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik BalQis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf
Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah....

Jangan berkawan dgn orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin membahagiakanmu tapi hakikatnya dia akan mencelakan . Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya .Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukannya dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah - Saidina Ali bin Abi Thalib

Surah An-Naml ayat 74 Dan sesungguhnya Tuhanmu sedia mengetahui apa yang terpendam dalam hati mereka dan apa yang mereka nyatakan (dengan tutur kata dan perbuatan).

Said Qutb: Ujian & dugaan akan dpt mrangsang sgl kekuatan & daya tenaga yg t'simpan. Dugaan dpt m'buka pintu2 & lorong2 rahsia dlm hati yg tidak dpt diketahui oleh seorg mukmin kecuali dia berada dlm suasana dugaan & p'deritaan yg m'hilangkn selaput dr mata & karat di hati..mmg kita lbh tabah menempuh sgl dugaanNYA.. siiru'ala berkatillah!! Wallahu'alam..

sesuatu kegembiraan mempunyai kedukaan disebaliknya & sesuatu kesusahan mempunyai kemanisan didalamnya. kerana keinginan agar diri redha dgn qada' dan qadar adalah amat mudah diungkapkan oleh lidah, namun hakikatnya menuntut penghayatan dan keyakinan yang kukuh untuk merasai erti sebenar redha, tawakal dan sabar.

*Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 Jenis bahan kimia.
*Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada
mereka yang kidal.
*Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon
sepanjang hayatnya.
*Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.
*Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata
merbahaya.
*Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark,
Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.
*Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.
*Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.

Firman Allah SWT: “Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dan lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-­bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi maha Mengenal.” (Al-Hujarat: 13)

Dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh kamu, keturunan atau harta kekayaan mu. Akan tetapi Allah melihat kepada hati. Siapa yang memiliki hati yang soleh, Allah akan men gasihaninya. Sesungguhnya kamu anak Adam, dan orang yang paling Allah cintai ialah yang paling besar taqwanya.”

Adalah diperakui apabila kita SENYUM, kita akan menggerakkan hanya 15 otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka. Perbuatan mengerutkan dahi sahaja memerlukan pergerakan 40 otot untuk bekerja..BAYANGKANLAH!!

agar Kami menghidupkan dengan air itu negeri (tanah) yang mati, dan agar Kami memberi minum dengan air itu sebagian besar dari makhluk Kami, binatang-binatang ternak dan manusia yang banyak. [ Al Furqaan:49 ]

Dalam kerendahan diri...
ada ketinggian budi..
Dalam kemiskinan harta..
ada kekayaan jiwa..
Dalam kesempitan hidup...
ada keluasan ilmu..
Hidup ini indah jika segalanya....
kerana ALLAH........

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagi dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Hai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan leh Allah sebagai sidiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidiq (benar) itu berkat dan kazzab (dusta) itu celaka.

Rasulullah SAW berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa,satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?" "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik." Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW menjawab, "Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".

Berbahagialah orang yang senang melihat kebaikan orang lain. Tatkala dia mendapat seseorang tidak baik kelakuannya, ia segera sedar bahwa manusia itu bukanlah malaikat. Di sebalik segala kekurangan yang dimilikinya pasti ada kebaikannya. Perhatikanlah kebaikannya itu sehingga akan tumbuh rasa kasih sayang di hatinya. Apabila mendengar seseorang selalu berbicara buruk dan menyakitkan, dia segera sedar. Siapa tahu sekarang dia berbicara buruk, namun esok lusa dia mungkin berbicara yang baik.

"Wahai orang mukmin, hendaklah kamu bertaqwa kepadaAllah, hendaklah kamu mencari wasilah atau jalan untuk sampai bertaqwa pada Tuhan dan hendaklah kamu berjuang pada jalannya, moga-moga kamu mendapat kemenangan (di dunia dan di Akhirat)." (Al Maidah: 35)

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Janganlah kamu banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah s.w.t kerana orang yang banyak bercakap selain dari berzikir kepada Allah s.w.t akan menyebabkan hatinya keras dan manusia yang paling jauh daripada Allah s.w.t adalah orang yang berhati keras.
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:
1- Penjelasan tentang banyak bercakap mengenai perkara yang tidak berfaedah akan menyebabkan hati menjadi keras dan jauh dari rahmat Allah s.w.t.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Ada seseorang hamba (manusia) yang menyebut satu kalimah tanpa dia memikirkan tentang (baik-buruknya) kalimah tersebut, menyebabkan dia tergelincir ke dalam neraka yang dalamnya lebih jauh dari jarak di antara timur dan barat. (Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Allah berfirman "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan berkatalah yang benar, nescaya Allah akan memperbaiki perbuatanmu serta mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa taat kepada Allah dan Rasulnya maka ia sungguh akan berbahagia dengan kebahagiaan yang agung." (AlAhzab:70-71)

Hadis: Batasan aurat lelaki, perempuan
DARIPADA Abu Said Al-Khudri, katanya, Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Tidak diperbolehkan bagi orang lelaki melihat aurat lelaki dan wanita melihat aurat wanita. Dan tidak boleh seorang lelaki dengan lelaki lain dalam satu selimut, dan wanita dengan wanita lain dalam satu selimut.” (Hadis riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah saw "Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi)

Rawatan penyakit kebudak-budakan. 1 ) Kurangkan bergurau senda dan bergelak-ketawa, kerana ia mematikan hati dan mengurangkan kematangan. 2 ) Serius dan bersungguh-sungguh dalam ibadah. 3 ) Berkawan dengan golongan yang matang berfikir dan beramal dengan ilmu mereka. 4 ) Selalu meminta nasihat orang tua. 5 ) Sedar akan tanggungjawab anda di dunia, iaitu mentauhidkan Allah serta menegakkan Daulah Islamiah! Seorang berperangai seperti budak-budak tidak mampu berjihad melawan golongan kuffar! Insaflah! 6 ) Mengkaji sejarah hidup Nabi Muhammad SAW, para Sahabat, Solafus Soleh dan Ulamak Muktabar seperti ; Imam Syafie, Malik, Ahmad, Abu Hanifah, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, al-Ghazali, az-Zahabi, al-Mizzy, al-Bukhari dan Muhammad al-Fateh. Kaji akhlak-akhlak mereka

Sampailah waktu ajalkan datang Malaikat maut segera menjelang Dicabut nyawa tiada terbilang Sakit terasa bukan kepalang Mati itu terlalu sakit Di dalam kubur terlalu sempit Ular dan kala datang menggigit Papan dan bumi pula menghimpit Masuklah mayat ke dalam bumi Munkar dan nankir tanyakan diri Tiada terjawab amalan sendiri Dipukul malaikat ke dasar bumi Setelah di kubur baru menyesal Teringat diri membuat dosa Teringat diri tiada beramal Tak mungkin lagi pulang ke dunia Mati itu terlalu lazat Bagi syuhada di medan jihad Oleh itu wahai sahabat Iman di dada perlu di tingkat.!!!!!!!!

Firman Allah Taala "Sebaliknya orang yang bakhil (daripada membuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahan serta ia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan dan apakah pertolongan yang dapat diberikan kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus (kedalam azab siksa akhirat?)" (Allail:8-11)

Saidina Ali Abi Talib berkata bahawa Rasulullah bersabda: “Barang siapa banyak cakapnya, sedikit malunya dan sedikit waraknya (mudah membuat yang haram), matilah hatinya. Maka dia akan hidup berbuat barang sekehendak hatinya.” Ini bererti hidup mereka penuh dengan kelalaian dan ini menyebabkan hatinya mati, tidak suka atau ingin kepada mengingati Allah melainkan sedikit sangat

Adalah lebih baik melihat ke bawah. Lihatlah orang yang lebih fakir dan lebih menderita daripada kita. Lihatlah orang yang jauh lebih sederhana hidupnya. Semakin sering kita melihat ke bawah,semakin hati ini akan semakin dipenuhi oleh rasa syukur dibandingkan dengan orang yang suka mengadah pandangan ke atas. Walaupun kita melihat ke atas, tetapkan pandangan kita kepada Yang Maha Atas, iaitu kepada Zat Penguasa alam semesta. Lihatlah kekuasaan-Nya, Allah Maha Kaya dan tidak pernah berkurang kekayaan-Nya sedikitpun walau kita selalu meminta kepadaNya sampai akhir hayat.

Salah satunya perkara yang membuat hati ini semakin gelap, kotor dan keras membatu adalah tidak pandai menahan pandangan. Barang siapa yang ketika di dunia ini tidak mahir menahan pandangan, gemar melihat hal-hal yang diharamkan Allah, maka jangan terlalu berharap dapat memiliki hati yang bersih.

Surah Al-'Araf ayat 176 Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.

Dpd Muaz bin Anas ra bahawa Rasulullah saw bersabda, "sesiapa yg meninggalkan pakaian yg indah dgn tujuan merendah diri kpd Allah, sedangkan ianya mampu berbuat demikian, maka Allah memanggilnya pada hari kiamat dihadapan orang ramai, kemudian Allah menyuruhnya memilih pakaian yang ia suka dpd berbagai-bagai pakaian orang yg beriman. (Attarmidzi: )

Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

“Pada hari itu (hari kiamat) sudah tidak berguna lagi harta benda dan anak-pinak kecuali siapa yang datang menghadap Allah dengan hati yang sihat (bersih).” (Surah al-Syuara, ayat 88 hingga 89).

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Dan orang-orang yang berjihad untuk Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar- benar beserta orang-orang yang berbuat baik. (Al- 'Ankabut:69)

Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupon sebesar zarah, dan jika kebajikan sebesar zarah nescaya Allah akan melipatgandakannya dan memberikan dari sisiNya pahala yg besar.(An Nisa' : 40)

HIDAYAH DAN PETUNJUK:
Dan orang-orang yang berjihad untuk Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. (Al-'Ankabut:69)

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

Gembirakanlah Allah dan rasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang Allah dan rasulnya dapat menggembirakan kamu.BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK DILANGIT

renungilah kata kata ini "punca penderitaan jiwa kerana cinta dunia , sebabnya sewaktu berusaha mendapatkannya hati bimbang , bila nyata tidak dapat hati kecewa , bila dapat takut luput pula"

hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini (Saidina Ali k.w )

Rasulullah SAW pernah ditanya oleh seorang sahabat: "Wahai Rasulullah, apa pendapat anda bila aku merasakan lemah dalam melakukan suatu amal?" Rasul menjawab: "Peliharalah keburukanmu dari manusia kerana itu adalah sedekah bagi dirimu."

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Tiga orang yang Allah tidak mengajak bercakap dengan mereka pada hari kiamat, tidak akan melihat mereka dan tidak pula menyucikan dan mereka tetap mendapat seksa yang pedih." Rasulullah mengulangi ucapan itu sampai tiga kali lalu disambut Abu Zar: "Betapa kecewa dan ruginya mereka. Siapakah mereka itu, ya Rasulullah?" Jawab baginda: "Orang yang melabuhkan kainnya sampai di bawah buku lali (bermaksud bersikap sombong); orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian) dan orang yang menjual barang perniagaannya dengan sumpah palsu."

keep striving.......in HIS path....And he will soon help you

Tujuh kalimat Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut " 1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut 4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok. 5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah. 7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah- mudahan berkat

sometimes we have given our best...but still cannot achieve it...

Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Apabila Imam mengucapkan: Aamin, maka hendaklah kamu mengucapkannya bersama, kerana sesiapa yang ucapan Aaminnya serentak dengan ucapan Aamin malaikat, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu."(al-Jamaah)


Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia – Kebebasan

Antara tujuh sifat orang Mukmin yang beruntung
ialah:

1. Orang yang khusyu' dalam solatnya.
2. Orang yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia.
3. Orang yang menunaikan zakat.
4. Orang yang menjaga kemaluan mereka.
5. Kecuali kepada isteri mereka atau hamba yang mereka miliki.
6. Orang yang memelihara amanat dan janji yang dipegang.
7. Orang yang memelihara sembahyang.
Wallahua'lam...
Sumber: surah al-Mukminun:2-9

Tidakkah Allah SWT berfirman dalam surah al-Hujurat, ayat 13 yang bermaksud: “Sesunggunya semulia-mulia kamu di sisi kamu ialah orang yang lebih takwanya antara kamu (bukan yang lebih keturunannya atau bangsanya)."

APABILA KITA DILAHIRKAN KE DUNIA INI, KITA DI SAMBUT DENGAN AZAN! APABILA KITA MATI, KITA DISUDAHI DENGAN SEMBAHYANG!
BERAPA LAMA SANGAT JARAK DI ANTARA AZAN DENGAN SEMBAHYANG ITU...
Semoga Allah merahmati kita bersama....

Sabda Rasullullah SAW:"Akan tiba masanya manusia akan mengajak satu sama lain untuk membinasakan kamu (Umat Islam), sebagaimana orang mempelawa satu sama lainn untuk menjamah hidangan makanan (i.e bangsa-bangsa akan memujuk dan mengajak yang lain untuk bergabung bagi menghancurkan umat Islam dengan apa cara sekalipun). Seorang Sahabat bertanya:'Apakah disebabkan bilangan kami sedikit pada masa itu ya Rasullullah?' Baginda menjawab:'Bahkan bilangan kamu diwaktu itu adalah ramai tetapi kamu diibarat buih diatas air ketika banjir. Allah akan cabut ketakutan dari dada musuh kamu dan Dia akan campakkan dalam hati kamu satu penyakit Al-Wahn. Seorang sahabat bertanya pula:' Ya Rasullullah, apakan dia Al-Wahn itu?' Jawab Rasullullah 'Cinta dunia dan takut mati'.

manusia berubah...tapi agak susah nak terima perubahan tu kan?..langit tak selalunya cerah sebab awan sentiasa berarak dan membawa titisan air.. sampai masanya, kita akan dibasahi juga..yg payah tuk terima kenyataan bila mana kita terpaksa melupakannya.. melupakan kenangan yang ternyata mengajar kita...be strong...

Mujahadah bermaksud "berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu." Dalam sebuah hadis bertaraf hasan, nabi bersabda, "Seorang mujahid (iaitu seorang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah." Mengikut Said Hawa dalam Al-Asas fit Tafsir, "Secara dasarnya melawan hawa nafsu bermaksud menundukkan nafsu agar ia mengikut kehendak Allah dalam setiap perkara." Apabila nafsu dapat dikalahkan seseorang akan mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi.
ETIKA PEMBERITAAN ISLAM Apa yang jelas ialah Allah telah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan Menurut tafsir Ibn Kathir, berasaskan ayat inilah para ulama' bersepakat untuk tidak menerima berita yang datangnya daripada orang yang tidak diketahui. Sama ada berita itu berupa hadis Rasulullah atau pun apa jua berita, ia tidak boleh diterima, apa lagi disampaikan kepada orang lain, kerana kemungkinan orang yang menghantar mesej itu adalah orang yang fasiq.

Telah berkata sebahagian ulama salaf: "Hendaklah kamu berpegang teguh kepada kebenaran, dan janganlah berasa sunyi (atau sedih) kerana melihat jumlah yang kecil yang berjalan di atasnya. Sebaliknya, jauhilah kebatilan, dan janganlah kamu tertipu kerana melihat jumlah yang ramai di atasnya." (Madarijus Salikin - Ibn Qaiyim Al-Jauzi Jilid 1 halaman 22)

wahai orang-orang beriman! taatlah kepada ALLAH dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadaNya, sedang kamu mendengar AlQuran yang mewajibkan supaya taat kepadaNya. Dan jangan kamu menjadi seperti orang-orang kafir dan munafiq yang berkata " kami mendengar", padahal mereka tidak mendengar, tidak mahu menerima dan mematuhinya. Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata pada sisi hukum dan ketetapan ALLAH ialah orang-orang yang pekak lagi bisu yang tidak mahu memahami sesuatupun dengan akal fikirannya (Al-Anfal:20-22)

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.
-Saidina Ali bin Abi Talib-

Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Menyingkirkan Rintangan di Jalanan
Singkirkanlah yang menyakitkan (rintangan) dari jalan orang-orang Islam. (Shahih Muslim)
Keterangan:
Hadits di atas menganjurkan pada kita untuk menyingkirkan segala macam rintangan di jalanan umum yang dilewati oleh kaum Muslimin, agar mereka tidak jatuh, tidak terganggu ketika mereka sedang lewat di jalan tersebut, Ini termasuk segala macam kotoran dan sampah, juga duri, paku, kaca, dan batu-batu yang dapat mengganggu perjalanan mereka, dalam segala macam bentuknya. Anjuran tersebut dimasukkan sebagai anjuran kebaikan dalam lingkungan hidup mereka sehari-hari (Shahih Muslim)

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman; hendaklah mereka menahan (merendahkan) pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang
mereka perbuat" (Surah An-Nur ayat 30).

May ALLAH forgive our sins,
May Allah cherish our parents as they have cherished us since we were small,
May Allah help us in times of good and suffering,
May ALLAH join our hearts and unite us under one ummah...ummah of excellence......
May Allah guide us through the straight path, the path of those whom has bestowed in Grace and peace and not who go astray,
and may ALLAH Protect us from the Hell fire...
Amin.......

Jangan takut menghadapi kegagalan kerana dengan kegagalan kita beroleh pengetahuan tentang kelemahan dan kekuatan diri kita. Namun apa yang ditakuti ialah kegagalan bagi kali kedua dalam perkara yang sama. - HAMKA-

bertahajud menyerikan wajah
bersyukur membajai barakah
bermuhasabah mencetus hikmah
bertawakal membuahkan pasrah
bersaudara menyemai mahabah
berukhwah kerana Allah
ukhwah fillah abadan abada~~ Azhar~ :-)

Nabi s.a.w tlh bersabda: Ada 7 gologn manusia yg akn dinaungi oleh Allah di bwh naunganNya. Hari t'sbt xada naungan kecuali naungan Allah. Glgn t'sbt ialah pemimpin yang adil, pemuda yg sntiasa beribadat kpd Allah semasa hidupnya, seorg yg hatinya sentiasa berpaut pd masjid2 iaitu sgt m'cintainya dan selalu m'dirikan solat b'jemaah,2 orang yg saling mengasihi krn Allah iaitu ke2nya b'kumpul n berpisah krn Allah, seorg lelaki yg diundang oleh seorg perempuan yg m'punyai kedudukan dan rupa paras yg elok utk mlakukn kejhtan ttp dia b'kata: Aku takut kepada Allah!, seorg yg memberi sedekah ttp dia merahsiakannya seolah2 tgn kanan xtahu apa yg diberikan oleh tgn kirinya dan seseorg yg mengingati Allah di waktu sunyi sehingga mengalirkan air mata dari kedua matanya(Hadis Abu Hurairah r.a)

"takwa itu adalah umpama kamu sedang melalui satu jalan yang penuh duri, maka kamu akan berhati2 dalam melaluinya agar tidak tertusuk duri dan tercedera"

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Ambiläh Mäsä UnTuk Memähämi HäTi Ðän þeräsään Käwän,Keränä Ðiä Jugä,Seoräng Mänusiä; Ðiä Jugä Adä Räsä TäkuT,Adä Räsä ßimbäng,Sedih Ðän Kecewä,Ðiä Jugä Adä Kelemähän Ðän Ðiä Jugä þerlukän Käwän Sebägäi KekuäTän.KiTä SeLalu MelihäT,Ðiä KeTäwä,TeTäpi Mungkin Sebenärnyä Ðiä Tidäk SeTäbäh Yäng KiTä Sängkaª...epi frenship day..everyday is a frenship day

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: Artinya: "Para ulama' adalah sebagai pelita (obor) di muka bumi ini, sebagai pengganti para Nabi dan sebagai pewaris tugasku dan sebagai pewaris para Nabi" (Hadis riwayat lbnu 'Ady dari Sayidina Ali r.a)

Love starts with a smile, grows with a kiss, and ends with a tear. Don't cry over anyone who won't cry over you. Good friends are hard to find, harder to leave, and impossible to forget. Don't let the past hold you back, you're missing the good stuff. BEST FRIENDS are the siblings God forgot to give us. When it hurts to look back, and you're scared to look ahead, you can look beside you and your BEST FRIEND will be there. Nobody is perfect until you fall in love with them. Send this on to everyone special in your life, even the people who really make you mad sometimes and to the people whose lives you want to be in!!!

Allah SWT berfirman dalam surah al-Hujurat, ayat 13 yang bermaksud: “Sesunggunya semulia-mulia kamu di sisi kamu ialah orang yang lebih takwanya antara kamu (bukan yang lebih keturunannya atau bangsanya)."

Al-Hasan Basri berkata: “Sungguh ajaib seseorang dapat tertawa pada hal di belakangnya ada Api Neraka dan orang yang bersuka-suka sedang di belakangnya maut.”

DEAR FRIENDS...........fyr info Most of us use the spelling MAKKAH as MECCA.The Word MECCA means SHARAB KHANA or prostitute centre this is modified by ISLAM's enemies... It's a huge plan be careful write MAKKAH don't write MECCA please... Please forward this by every means of communication to each and every Muslim brother if u r a true Muslim.

UmarKhattab : "Pandai mengasihi orang adalah 1/2 daripada akal,pandai bertanya 1/2 daripada ilmu & pandai merancang 1/2 daripada sumber rezeki.

Rasulullah bersabda," jangan dilihat pada besar atau kecilnya dosa yg kamu lakukan, tetapi pandanglah pada SIAPA kamu lakukan dosa"

NILAI HIDUP LETAKNYA PD HATI DAN PERASAAN ... BKN PD HARTA DAN KEKAYAAN.... SESUNGGUHNYA HIDUP INI HANYA SEMENTARA... DI AKHIRAT SANA YG KEKAL ABADI... DUNIA INI HANYALAH PERSINGGAHAN SEMENTARA UTK KITA MENIKMATI KHAYALAN YG PENUH DGN KEDUKAAN...

Seminit Hanya diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda.

Hai orang2 yang beriman, taatlah kepada Allah dan rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling dariNya, sedang kamu mendengar (perintah-perintahNya) dan janganlah kamu menjadi seperti orang2 (munafik) yang berkata , ‘Kami mendengarkan’, padahal mereka tidak mendengarkan. (Al Anfal : 20-21)

Sesungguhnya binatang(makhluk) yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah orang2 yg pekak dan bisu(manusia yang paling buruk disisi Allah ialah yg tidak mahu mendengarkan, menuturkan dan memahami kebenaran ) yang tidak mengerti apa2pun. (Al-Anfal : 22)

Nabi S.A.W. bersabda: "Janganlah sekali-kali seorang laki-laki berduaan sahaja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang mahram."

Tidak perlu mencari teman secantik BALQIS, jika diri tak seindah SULAIMAN...kenapa mengharap teman setampan YUSUF jika kasih tak setulus ZULAIKHA...tak perlu menjadi sebahagian IBRAHIM jika diri tak sekuat HAJAR & SARAH...kenapa di damba teman seistimewa KHADIJAH jika diri tak sesempurna Rasulullah s.a.w..

Pesan Imam Ali AS : "Janganlah kalian menilai siapa pembicaranya, tetapi nilailah sesuatu yang dibicarakannya."

Kalau kail panjang sejengkal, Lautan dalam jangan di duga, Kalau ikhtiar dakwah tidak mengekal, Jangan bermimpi Islam di puja.

''gembira ria atau bermuram durja didlm dunia hanya menurut kaca mata org yang memandangnya''. Air setengah gelas diletak atas meja.org yg memandang dgn ria akan berkata:syukurlah masih ada setengah air utk diminum.tp org yg memndang dgn muram akn berkata:cuma tinggal setengah air je lagi!!!...Jangan mengeluh hanya kerana tidak mempunyai kasut sblm melihat org yg tidak mempunyai kaki.

Jgn lupa tahun ni 6 Ogos 2005 = 1 Rejab 1426. KELEBIHAN BULAN REJAB Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Firman Allah bermaksud: “Dan orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar.” (Surah al-Ahzab, ayat 35)

NABI IBRAHIM
Ketika nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api yang menyala-nyala, malaikat bertanya: 'Kenapa tuan tidak berdoa kepada Allah supaya tuan diselamatkan? lalu nabi Ibrahim menjawab: 'apakah kamu mengira Allah tidak mengetahui apa yang berlaku pada diriku? Akhirnya Allah memerintahkan api menjadi sejuk dan menyelamatkan nabi Ibrahim.

SAIDINA ABU BAKAR
Pada suatu ketika, kerana kuat pengorbanan yang dilakukan oleh Saidina Abu Bakar, akhirnya beliau menjadi terlampau miskin. Sehingga tidak ada lebihan pakaian untuk dibuat persalinan.hal ini sampai kepada pengetahuan Siti Fatimah anak Rasulullah. Siti Fatimah menghadiahkan sehelai pakaian untuknya. Abu Bakar terus mengenakan pakaian tersebut pada tubuhnya tanpa berjahit. ia cuma dicantumkan dengan duri kurma lalu berlari anak untuk berjumpa Rasulullah. Setibanya di rumah Rasulullah, baginda menyampaikan berita kepadanya: 'baru sebentar tadi datang malaikat memakai pakaian sepertimu. Allah menyampaikan salam kepadamu. Sebagai penghormatan, semua malaikat di langit berpakaian sepertimu.'
mendengar berita itu saidina Abu Bakar menangis teresak-esak.

IMAM GHAZALI
Lihatlah pertanyaan Allah kepada Imam Ghazali:' amalanmu yang manakah menyebabkan ana menerima engkau dekat kepadaKu?' kemudian dijawab oleh Allah : 'iaitu kerana engkau membiarkan seekor lalat meminum dakwat dari penamu sewaktu engkau sedang menulis'.
Wallahu'alam...

RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga

jangan berputus asa dalam mencari ilmu.bila ilmu yang di cari itu tidak mahu masuk ke dalam sanubari, tapi bersabarlah, kerana air yang lembut itu apabila menitis ke atas sebiji batu yang besar secara berterusan, batu itu pasti akan mempunyai lekuk

sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar, sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan, sahabat sejati menjadi pendorong impian, sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah