Sunday, November 30, 2008

jangan benci-membenci

JANGAN BENCI - MEMBENCI

Oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

RAMAI juga orang yang gagal dalam pergaulan
kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati
mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam
diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah
benci terhadap kita. Misalnya, orang yang
membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh
rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya
atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat
kebencian daripada rakan sekerjanya atau
malahan ketua jabatannya. Justeru hapuskanlah
segala perasaan benci daripada hati kita agar kita
mudah menjalin hubungan dengan orang lain.






Kaedah Mengikis Benci
Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah
dengan memaafkan semua orang sebelum tidur
malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita
sentiasa mencuci muka, memberus gigi,
membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak
bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan
semua orang sebelum tidur?

Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan
bahawa dengan memaafkan semua orang
sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati
serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin
hubungan baik dengan orang lain.


Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan
Dalam Pergaulan
Antara faktor yang menyebabkan kita mudah
berinteraksi dengan orang lain dan orang lain
mudah tertarik kepada kita ialah :-



1 Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus
dan umum yang lain.


2) sentiasa bersangka baik terhadap orang (
walaupun kita perlu berwaspada setiap masa)


3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada
orang di sekeliling kita.


4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk
wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat,
idea, pandangan, sokongan moral dan doa yg
berterusan.


5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a.
w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab
sebelum kita memarahi orang.


6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang
lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi
dengan kita.


7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa
sayang -menyayangi antara satu dengan yang
lain.


8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif
setiap masa. Peribadi yg kurang sopan akan
menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.


9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa
dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.


10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau
benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita
tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal
jalan apabila mengingati mati.


11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian
Allah swt.


12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat
kepada orang lain. Pemberian salam akan
mengukuhkan hubungan sesama manusia.


13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-
individu yang memerlukan simpati dan perhatian.


14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.


15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan
sembunyikan kelemahan atau keburukan orang
lain.


16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum
berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan
dengan doa.

Terlebih dahulu baiki diri untuk menarik perhatian
orang lain terhadap diri kita, kita perlu Orang yang
mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang
kegiatan yang boleh men-sabotaj dan merosakkan
dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan
secara berhikmah dan sentiasa memikirkan
perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang
sarjana:

"Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu
(berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda
kisah terhadap mereka"

No comments: