Sunday, November 30, 2008

20 perkara jangan dilakukan

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah
tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki
(selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang
pecah atau sumbing. Makruh kerana ia
membahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi
kepapan.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki
mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan
doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat
kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan
pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati
kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak
buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa
dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti
rosak persahabatan kita. Hilang bahagia.
14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam
setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu
memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang
kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan
ALLAH.
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama
dan kekal selamanya.
20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu
berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk
keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaannya. "

No comments: