Sunday, November 30, 2008

dunia akhir zaman

Tahun 2005 merupakan satu tahun di mana banyak
perkara yang menakjubkan akan berlaku.
Semuanya
ini mendorong kepada tanda-tanda hari kiamat
akan
berlaku dalam jangka masa yang tidak lama lagi.

Penulis sempat membaca sebuah buku yang
bertajuk
Huru Hara Akhir Zaman - Penjelasan Terakhir
Untuk
Umat Islam karangan Amin Muhammad
Jamaluddin
dari
Universiti Al- Azhar Mesir.

Penulis buku itu telah menulis bahawa pada tahun
ini, umat manusia akan menghadapi konflik yang
besar yang berpunca daripada kematian Raja Fahd
yang memerintah Arab Saudi sekarang (Bab
Tanda-Tanda Di Bulan Ramadan m/s 119).
Malapetaka
yang mulai merebak itu akan disusuli dengan
peristiwa-peristiwa yang menakjubkan pada bulan
Ramadan tahun ini.

Antaranya ialah bulan akan mengalami gerhana
dalam
bulan Ramadan, binatang berekor yang mendekati
bumi akan muncul dengan membawa bencana
alam,
manusia akan mendengar suara dahsyat yang
menakutkan yang diiringi dengan bencana besar
dari
langit pada malam Jumaat pertengahan Ramadan
(20
Oktober 2005) dan matahari juga akan turut
mengalami gerhana pada siang hari di bulan
Ramadan
(hari yang berlainan daripada gerhana bulan tetapi
dalam bulan yang sama).

Terdapat sebuah hadith sahih yang diriwayatkan
oleh Imam Jaafar Sadiq yang berkaitan dengan
peristiwa-peristiwa yang disebutkan di atas.
Terjemahan isi kandungan hadith tersebut ialah:

Kehadiran Imam Mahdi di kalangan umat manusia
dibuktikan dengan berlakunya gerhana bulan dan
matahari dalam satu bulan yang suci, yang tidak
pernah terjadi sebelumnya sejak kelahiran Nabi
Muhammad S.A.W (Ikmal al Din m/s 361).

Imam Mahdi adalah imam terakhir umat Islam
sebelum
kiamat berlaku di mana beliau akan memimpin
umat
Islam mengalahkan musuh Islam. Selepas itu dunia
akan aman di bawah pemerintahannya. Penulis
pernah
terbaca bahawa Nabi Isa yang diangkat ke langit
oleh Allah sebelum ini akan turun ke dunia pada
ketika ini dan menjadi mamum dalam solat yang
diimamkan oleh Imam Mahdi.

NASA telah menjangkakan bahawa gerhana
matahari
seperti yang disebutkan sebelum ini akan berlaku
pada hari Isnin 3 Oktober 2005. manakala gerhana
bulan pula akan berlaku pada hari Isnin 17 Oktober
2005 (sila rujuk pada tajuk Annular Solar Eclipse
of 2005 October 3 dan 2005 Oct 17: Partial Lunar
Eclipse dalam laman web NASA).

Terdapat sebuah lagi hadith yang telah
diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dari sanad
Katsir bin Murrah tentang yang menyuruh manusia
membuat persiapan sebelum berlakunya peristiwa
seperti di atas. Ianya adalah seperti berikut:

Pertanda kejadian-kejadian besar di bulan
Ramadan
adalah satu tanda di langit, sesudahnya terjadi
perselisihan antara manusia, maka jika engkau
menjumpainya, maka perbanyakkanlah persediaan
makanan semahumu.

Di samping membuat persiapan dari segi logistik
yang menjadi keperluan asasi manusia, kita juga
perlu membuat persediaan rohani seperti menghafal
10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah al
Kahfi untuk menghindari daripada fitnah dajjal dan
membaca doa perlindungan fitnah dajjal selepas
tahiyyat akhir dalam solat sebelum salam.

Penulis juga berharap agar pembaca dapat
menyampaikan peringatan ini kepada sahabat
handai
agar bersedia menghadapi situasi seperti tersebut
di samping menambahkan taqwa dan amal kita.
Penulis menyerahkan kepada Allah tentang
kebenaran
peristiwa ini kerana Allah Maha Mengetahui atas
sesuatu yang akan berlaku.

No comments: