Sunday, November 30, 2008

berkat bismillah

Ada seorang perempuan tua yang taat
beragama, tetapi suaminya seorang yang
fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan
agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah
setiap kali hendak bercakap dan setiap kali
dia hendak memulakan sesuatu sentiasa
didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak
suka dengan sikap isterinya dan sentiasa
memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik
Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap
Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia
berdoa kepada Allah S.W.T. supaya
memberikan hidayah kepada suaminya.
Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari
nanti akan aku buat kamu kecewa dengan
bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang
memeranjatkan isterinya, dia memberikan
wang yang banyak kepada isterinya dengan
berkata, "Simpan duit ini." Isterinya
mengambil duit itu dan menyimpan di tempat
yang selamat, di samping itu suaminya telah
melihat tempat yang disimpan oleh isterinya.
Kemudian dengan senyap-senyap suaminya
itu mengambil duit tersebut dan
mencampakkan beg duit ke dalam perigi di
belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya
itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan
padaku wang yang aku berikan kepada
engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia
menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya
dengan berhati-hati dia menghampiri tempat
dia menyimpan duit itu dia membuka dengan
membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim."
Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat
Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit
dan menyerahkan duit itu kepada suaminya
kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa
bersalah dan mengaku segala perbuatannya
kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat
dan mula mengerjakan perintah Allah, dan
dia juga membaca Bismillah apabila dia
hendak memulakan sesuatu kerja.

No comments: