Monday, December 1, 2008

neraka jahanam

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah
dan peliharakanlah kami,kedua
ibubapa kami, isteri kami,anak-anak kami,kaum
keluarga kami& emua orang Islam dari azab seksa
api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki
syurgaMu YA ALLAH,namun tidak pula kami
sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami,terimalah taubat kami
dan terimalah segala ibadah
dan amalan kami dengan RAHMATMU YA
ALLAH..AMIN..

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak
biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,maka ditanya
oleh nabi s.a.w.:"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya:
"Ya Muhammad,aku datang kepadamu di saat
Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka,maka
tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka
Jahannam itu benar,dan siksa kubur itu benar, dan
siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka
sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda:"Ya Jibrail, jelaskan
padaku sifat Jahannam"

Jawabnya:"Ya. Ketika Allah menjadikan
Jahannam,maka dinyalakan selama seribu
tahun,sehingga merah, kemudian dilanjutkan
seribu tahun sehingga putih,kemudian seribu
tahun sehingga hitam,maka ia hitam gelap,tidak
pernah padam nyala dan baranya.Demi Allah yg
mengutus engkau dengan hak,andaikan terbuka
sebesar lubang jarum nescaya akan dapat
membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu
baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan
bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu
pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an
itu diletakkan di atas bukit,nescaya akan cair
sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan seorang di hujung barat tersiksa,
nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung
timur kerana sangat panasnya,Jahannam itu
sangat dalam dan perhiasannya besi,dan
minumannya air panas campur nanah,dan
pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu,tiap-tiap pintu ada
bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan"

Nabi s.a.w. bertanya:"Apakah pintu-pintunya
bagaikan pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya:"Tidak,tetapi selalu
terbuka,setengahnya di bawah dari lainnya, dari
pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap
pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."
(nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.:"Siapakah penduduk
masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:
"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik,
dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan
hidangan mukjizat
nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang
namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin
bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari
kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah
s.a.w. sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke
tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa
besar dari ummatmu yg sampai mati belum
sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar
keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala
nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar
kembali dan sesudah sadar nabi
saw bersabda:"Ya Jibrail,sungguh besar
kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada
seorang dari ummat ku yang akan masuk ke
dalam neraka?"Jawabnya:"Ya,iaitu orang yg
berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis,
kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya
dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian
kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari
kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh
melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan
dengan panasnya terik matahari Ku.


Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat

No comments: