Monday, December 1, 2008

kristianisasi

Kristianisasi : Sejarah dan Bahayanya.

1. Pengenalan Agama Kristian

Kristian diambil daribada perkataan greek ‘cristos’ yang membawa maksud messiah dalam bahasa ibrani.Perkataan ini juga diambil daripada nama Nabi Isa Alaihissalam yang dipanggil sebagai jesus crist . Cristos dalam pengertian umum membawa maksud seseorang yang diharapkan oleh rakyat untuk melepaskan diri daripada penderitaan (penyelamat) dan kemudiannya diterjemahkan kedalam bahasa arab sebagai ‘pilihan Allah’ atau ‘utusanNya’. Penganut kristian pula dipanggil masihi.Kristian juga dikenali sebagai nasrani kerana mengambil sempena nama tempat kelahiran Nabi Isa iaitu di sebuah Bandar bernama nasirah (Nazerat) di Galilae.

Para Ulama’ Islam mengatakan bahawa agama Kristian yang aada pada hari ini tidak boleh dinisbahkan kepada Nabi Isa Alaihissalam dan tidak boleh dikenali dengan agama masihi kerana Nabi Isa sendiri tidak pernah terlibat dan tidak mengenali sama sekali agama kristian yang ada pada hari ini kerana manhaj yang dibawa oleh Nabi Isa adalah tauhid dan mengesakan Allah.

Jumhur Ulama’ berpendapat bahawa agama kristian atau nasrani yang ada pada hari ini diasaskan oleh seorang yahudi bernama Police yang hidup pada zaman kegelapan agama Al Masih.Beliau telah mengarahkan penulis-penulis seperti Lucas (Luke),Markus (John), Mathew (Levi bin Alpheus) dan Yohana (John bin Zabedee) untuk membukukan agama tersebut supaya tidak hilang begitu sahaja kerana pada zaman itu agama kristian begitu ditentang oleh pemerintah Rome kerana dikatakan mampu untuk menggugat pemerintahan dan kekuasaannya.

Malangnya Police telah mencampur adukkan aqidah samawi (agama Nabi Isa) ini dengan aqidah ardyiyyah wasaniyyah yang diambil daripada agama-agama yang ada sezaman dengannya seperti Mesir kuno,Hindu dan Babylon.Aqidah ini yang dibentuk menjadi donkrin utama bagi agama Kristian yang ada pada hari ini.

Penulis-penulis Bible telah memansuhkan fakta-fakta sebenar yang diturunkan kepada Al Masih dan membentuk suatu ajaran yang baru berdasarkan kepada sumber perjanjian lama (Old Testements) dan perjanjian baru (New Testements).
Jadi menjadi pertanyaan kepada kita adakah tulisan-tulisan yang terdapat di dalam bible pada hari ini adalah berasal daripada Nabi Isa AS atau tidak. Hujah-hujah dibawah boleh menjadi bukti bahawa Nabi Isa AS tidak boleh disandarkan dengan agama Kristian yang ada pada hari ini iaitu:

1. Injil-injil ini ditulis selepas 30 tahun kewafatan Nabi Isa Alaihissalam
2. Injil-injil ini disandarkan secara jelas kepada penulis-penulis Bible dan bukannya kepada Nabi Isa AS.
3. Kandungan yang terdapat pada Bible adalah bercanggah antara satu sama lain.
4. Bible tersebut menceritakan tentang kewafatan Nabi Isa,Pengkebumiannya, kebangkitannya dan peristiwa-peristiwa yang berlaku ketika itu dan keadaan murid-murid Nabi Isa yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.
5. Bible yang ada sekarang adalah berdasarkan terjemahan tentang kehidupan nabi Isa dan menyentuh tentang aqidah mereka.Berlainan dengan kitab-kitab samawi yang lain yang menceritakan tentang syariat, ibadah, aqidah, larangan dan suruhan daripada Allah Subhanahu wataala.

Menunjukkan disini bahawa bible yang ada pada hari ini bukan lah berasal daripada Nabi Isa Alaihissalam sebaliknya ditulis oleh individu-individu yang menulis berdasakan teori dan pengalaman hidup mereka.

Menurut Syeikh Muhammad Abu Zahrah:

“Kita dapati, dikalangan orang kristian yang berfikiran bebas.yang mengkaji tentang ilmu-ilmu dan hakikat sejarah.Mereka menjelaskan bahawa Injil yang asal hanya terdapat pada kurun yang pertama sahaja” Pendapat beliau ini disokong oleh seorang pengkaji bernama Narten.

2. Pengenalan dan Sejarah Pergerakan Krisianisasi.

Kristianisasi membawa maksud ‘proses mengajak seseorang kepada agama Kristian’ Dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai ‘Cristian Missionary’atau ‘Envigelization’ manakala dalam bahasa arabnya dikenali sebagai At Tabsyir atau At Tansir.

At Tabsyir merujuk kepada gerakan keagamaan, politik,dan penjajahan yang bermotifkan menyebarkan agama Kristian dikalangan semua bangsa khususnya umat Islam dengan tujuan untuk menguasai bangsa tersebut.

Sementara At Tansir mempunyai makna yang lebih khusus iaitu mengkristiankan seseorang itu dengan menukar pegangannya supaya menganut agama Kristian. Orang Kristian beranggapan bahawa agama Kristian yang ada pada hari ini wajib disebarkan kepada semua umat manusia kerana merujuk kepada ucapan Markus yang menaqalkan kalam Al Masih yang menyatakan;


“Pergilah kamu semua ke seluruh alam dan serulah serta ajarlah mereka semua dengan Injil”
(Markus 15:16)

Namun kata-kata didalam Bible tersebut adalah bercanggah dengan apa yang dinyatakan oleh Allah melalui firmanNya dalam surah Ali Imran ayat-49 yang bermaksud;

“Dan (akan melantiknya) menjadi seorang rasul kepada Bani Israel, (Dengan mengatakan kepada mereka) “sesungguhnya aku telah datang kepada kamu dengan membawa satu tanda (mukjizat) dari tuhan kamu.Aku membuat daripada tanah menyerupai bntuk burung.lalu kutiup padanya jadilah ia burung dengan izin Allah.Dan kusembuhkan orang yang buta dan orang yang menderita penyakit sopak (kusta) dan kuhidupkan orang yang telah mati dengan Izin Allah dan kukhabarkan kepada kamu apa-apa yang kamu makan dan apa-apa yang kamu simpan di rumah kamu.Yang demikian suatu tanda bagimu sekiranya kamu orang yang beriman”

Jelas menunjukkan kita disini bahawa ajaran yang diturunkan kepada Nabi Isa AS adalah berbentuk Mahalliyyah atau hanya untuk bangsa Israel sahaja dan tidak berbentuk Alamiyyah diturunkan untuk semua umat manusia seperti agama Islam. Walaupun jelas tentang kepalsuan yang terdapat pada agama Kristian namun penganutnya tetap mempertahankan dan berusaha untuk menyebarkan ajaran ini diatas rasa dengki terhadap ajaran agama Islam.Gerakan ini dilihat cukup aktif setelah ketewasan mereka dalam Perang Salib Yang berlangsung beberapa kali bermula tahun 1096 hingga 1273Masihi.

Kronologi Pergerakan Kristianisasi .

1. Pada 1253M diadakan Kongress Kristianisasi yang pertama.Hasil cadangan Raja Perancis bernama Louis kepada Pope Anusant IV.Cadangan ini dibuat untuk menebus kekalahan mereka dalam perperangan dengan umat Islam dan ingin mencari jalan lain selain mata pedang.

2. Roger Bacon (1214-1293M) telah menyeru tentang peripentingnya mempelajari bahasa Arab sebagai langkah untuk mengkristiankan orang Islam.


3. Raymond Lock (1235-1316M) Nasrani pertama yang dilantik sebagai Mubaligh selepas kekalahan mereka dalam perang salib.Beliau ditugaskan untuk mempelajari bahasa Arab.Beliau kemudian merantau keseluruh negeri syam.dam berdebat dengan ulama’-ulama’ Islam.Beliau banyak memberikan sumbangan dalam sejarah kristianisasi.

4. Bermula kurun ke15M mubaligh-mubaligh kistian katholik memasuki benua afrika dan diikuti dengan penjajahan portugis.Tidak lama selepas itu mubaligh kristian Protestan berbangsa Inggeris,Jerman dan Perancis memasuki benua afrika.


5. Pada 1795M persatuan mubaligh Kristian London ditubuhkan kemudian diikuti dengan penubuhan persatuan-persatuan di Skotland dan New York.

6. Pada 1810M Majlis Missionary Amerika ditubuhkan.


7. Tahun 1812M Henry Martin telah menghantar mubaligh Kristian ke Asia Barat dan juga berjaya menterjemahkan kitab taurat dalam bahasa Hindi,Parsi dan Armenia.

8. Pada tahun 1815M Majlis Missionary Amerika telah menghantar kumpulan pertama missionary ke Malta.Dan tahun berikutnya ke Al Quds dan Beirut.


9. Pengembara British yang juga seorang mubaligh, David Livingstone (1813-1873 M) telah menerokai Afrika Tengah dan menjajah kawasan-kawasan yang ditemuinya.

10. 1849M Penghantaran mubaligh secara besar-besaran ke semua wilayah Syam


11. 1855 M Persatuan Pemuda Kristian Britain telah diasaskan. Dan pada 1866M sebuah pusat Missionary khusus Negara-negara Islam telah ditubuhkan dengan nama Syria English College yang kini dikenali sebagai American University.

12. 1895 M Persatuan Pelajar Kristian Sedunia diasaskan untuk membimbing pelajar-pelajar menjadi seorang mubaligh.


13. Sekitar 1900 M Sanuel Zweimer telah dilantik sebagai ketua deligasi mubaligh Kristian Arab di Bahrain. Juga sebagai ketua Pertubuhan Kistian Timur Tengah.

14. 1911M Beliau dilantik sebagai pengarang majalah ‘Dunia Islam’ versi Inggeris yang dikeluarkan sehingga hari ini.


15. 1935M diadakan muktamar Al Quds bagi membincangkan tentang kepentingan bidang pendidikan dalam penyebaran agama Kristian.

16. 1948M Master Nebrus dilantik menjadi sebagai Presiden University Beirut-Amerika.


17. 1965M Mubaligh Kristian berjaya menyusup masuk ke Indonesia.

18. 1969M Majlis Gereja mengadakan muktamarnya di Swiss untuk mengagihkan kewangan bagi menampung usaha kristianisasi di Negara-negara membangun.

3. Cara Pergerakan Kristianisasi

3.1 Pendidikan

Menggalakkan pembukaan tadika-tadika, sekolah rendah dan menengah mahupun institusi pendidikan tinggi yang dikendalikan oleh missionary secara langsung atau tidak langsung.Kerjasama dibuat samada dalam aspek penghantaran tenaga pengajar atau sukatan pelajaran yang dicedok daripada barat.

Mubaligh Kristian, Henry Gibb yang juga seorang orientalis ada berkata;

“Ia adalah suatu wasilah untuk mencapai matlamat, dan matlamatnya ialah membawa manusia kepada agama Kristian.Agama ini diajarkan kepada mereka sehingga menjadi individu dan masyarakat Kristian.

Zamuel Zweimer berkata;

“Kami telah merancang kurikulum pendidikan di Negara-negara Islam hmpir 50 tahun yang lalu dan kami telah berjaya menghapuskan pengajian Al Quran dan tarikh Islam dalam kurikulum tersebut.

Menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan penghantaran pelajar ke luar Negara menjadi tumpuan missionary dalam menerapkan fahaman secular dan kristian dalam sistem pendidikan antarabangsa.

3.2 Perkhidmatan Perubatan

Apabila berlaku apa-apa kecemasan, peperangan, kebuluran dan sebagainya mereka akan mnghantar pasukan-pasukan penyelamat dan bantuan mereka seperti Rd Cross, World Vision, Salvation Army dan Cristian Aid.

Juga menubuhkan hospital-hospital ala barat dan menghantar pakar-pakar untuk memberikan bantuan perubatan. Menumpukan kepada Negara-negara miskin.dan pendalaman dengan memberi bantuan dari segi material dan sokongan moral.

3.3 Amal Kebajikan

Mengadakan pelbagai program atas nama amal dan kebajikan dengan tujuan untuk meruntuhkan roh Islamiyyah dikalangan penganut Islam dan menanam sikap toleransi terhadap bangsa Yahudi.



Antara cara-cara yang digunakan ialah;

1. Menggalakkan manusia untuk hidup dalam keadaan aman sentosa.
Contohnya: aktiviti sukan dan pesta amal.

2. Prihatin dengan masalah masyarakat.
Contohnya: khidmat kaunseling, rumah anak yatim, pusat pemulihan penagih dadah, pusat perlindunga perempuan hamil tanpa nikah.

3. Prihatin dengan isu semasa dan bertindak menyelesaikannya.
Contohnya: Adakan bantahan dan demonstrasi.

4. Prihatin dengan alam sekitar dan berusaha menjaganya.
Contohnya: Greenpeace

5 Menghulurkan bantuan kewangan.

3.4 Pertubuhan Kristian.

Menubuhkan pelbagai jenis persatuan diserata dunia tutamanya di Negara-negara membangun Islam dan Negara- Negara miskin. Mengikut kajian pada tahun 1998 M sejumlah 111 000 buah pertubuhan Kristian yang bergerak aktif dalam 38 buah Negara di Afrika. Menumpukan perhatian serius kepada golongan wanita untuk menganggotai persatuan ini kerana menyedari tentang peripenting dalam mengeksploitasi wanita bagi menarik umat Islam memeluk Kristian.

Persatuan-persatuan ni sanggup melakukan apa sahaja demi menjayakan misi mereka. Walaupun terpaksa menculik anak orang Islam untuk diserahkan kepada keluarga kristian untuk diasuh dengan didikan kristian.


3.5 Media Massa

Medium ini juga memainkan peranan penting dalam penyebaran agama kristian. Mereka menggunakan televisyen dan radio dengan meluasnya dalam menyebarkan dakyah-dakyah dan ajaran mereka bagi menarik umat Islam masuk agama kristian. Sebagai contoh, Stesen Monaco,Cyprus dan Monte Carlo. Stesen-stesen ini akan menyiarkan program-program yang berunsur kristianisasi selepas jam 11 malam. Sementara stesen radio Vatican menyiarkan programnya dalam bahasa arab 24 jam sehari. Antara rancangan yang diketengahkan ialah ‘Allahu Akbar’ dan ‘Nurun ala Nur’ Manakala DJ yang mengendalikan rancangan itu menggunakan nama yang mirip nama Islam iaitu Syeikh Abdulla. Radio-radio seperti Soutul Ghufran, Markaz An Nahdah dan Qabrus juga didapati membawa mesej mesej yang berbau kristianisasi.

Sebuah akhbar di Arab Saudi telah melaporkan;

“Sebuah majalah di New York, Amerika Syarikat, pada tahun lalu telah melaporkan bahawa pertubuhan-pertubuhan kristianisasi mempunyai 1000 stesen radio dan televisyen dan kira-kira 4 020 000 pendakwah kristian yang terlatih dan 400 jenis majalah bulanan yang membawa mesej mesej kristianisasi.

3.6 Percetakan

Terdapat juga yang mencetak bahan bahan bacaan ang berkaitan dengan agama Kristian terutamanya syarikat syarikat yang bertapak di Lubnan, Perancis,Sepanyol dan Seychelles. Mereka juga mengeluarkan bahan bacaan yang menyentuh sensetviti umat Islam seperti buku karangan Zakaria Boutrus bertajuk ‘Syahadat Al Quran’ dan The Lord is One’

Di Mesir Darul Hilal Misriyyahdan surat khabar Al Ahram diasaskan oleh mubaligh Kristian dan Orientalis.Darul Hilal, ditubuhkan oleh Zurjy Zedan ,seorang orientalis yang terkenal. Al Ahram pula diasaskan oleh seorang Kristian Salibiyyah yang berhijrah ke Mesir atas sokongan Perancis pada tahun 1873 M.

4 Matlamat Gerakan Kristianisasi

4.1 Mengkristiankan Orang Islam

Matlamat utama mereka adalah untuk membawa umat Islam agar kelua daripada pegangan mengesakan Allah kepada mempercayai Jesus sebagai anak tuhan. Daripada amalan menziarahi masjid kepada mengunjungi gereja atau sekurang-kurangnya membawa umat Islam jauh daripada cara hidup Islam yang sebenar juga merupakan kejayaan besar kepada mereka. Perancang utama gerakan ini ialah seorang rakyat Sepanyol bernama Remind Roll sekitar kurun ke 14 M.

Mereka menggunakan pelbagai taktik dalam merealisasikan matlamat ini termasuklah sedaya upaya mengasimilasikan mereka supaya tidak nampak dan dikesan oleh orang Islam dan supaya tampak tidak berbeza dengan agama asal mangsa mereka. Contohnya di Afrika mereka mengadakan persidangan gereja pada har jumaat dan bukannya hari Ahad. Membenarkan poligami, dan menggunakan ungkapan-ungkapan yang sama dengan agama Islam seperti ‘Bismillah’ ‘Jesus Alaihissalam’ dan ‘Allah subhanahuwataala’ dan sebagainya.

4.2 Mengeluarkan Orang Muslim dari agamanya.
Zweimer, pengasas pertubuhan Kristian Amerika di Jazirah Arabiyyah pernah berkata;
“Sejarah telah membuktikan bahawa orang Islam tidak akan menjadi seorang kristian yang hakiki akan tetapi matlamat kita adalah untuk mengeluarkan mereka daripada agama Islam supaya mereka menjadi Mulhid dan menjadi penentang kepada agama mereka sendiri”
Katanya lagi;
“Sesungguhnya tujuan missionary kristian ini adalah untuk mnghapuskan Islam dan memperhambakan orang Islam”

4.3 Melemahkan Pengaruh Al Azhar
Seorang missionary telah membuat kesimpulan melalui pengalamannya dalam menggerakkan misi kristianisasi ini di Negara-negara Islam dengan katanya;
“Islam akan sentiasa utuh dan gagah menghadapi gerakan kristianisasi selagi disokong oleh empat perkara; Al Quran, Al Azhar, Perhimpunan pada hari jumaat dan muktamar tahunan di Mekah.”

4.4 Membantu penjajahan barat dan menjadi perisik di Negara umat Islam

Washington Post keluaran 22 Februari 1997 M menyiarkan pengakuan daripada orang penting CIA yang menyatakan;
“Sesungguhnya kami mengakui terdapat beberapa kekosongan dalam agensi ini sehingga kami mengambil beberapa missionary-misionary kristian untuk bekerja sebagai perisik di luar Negara.”
Seorang missionary yang bernama Jack Mandalson berkata;
“sesungguhnya telah berakhir usaha-usaha missionary kristian bukan sahaja untuk kepentingan agama tetapi juga untuk tujuan penjajahan dan perhambaan”
4.5 Mengaut keuntungan daripada Negara umat Islam

i. Ingin mengaut sumber asli daripada Negara umat Islam seperti petroleum gas dan sebagainya
ii. Memasarkan barang barang keluaran mereka
iii. Ingin menjadikan Negara islam sebagai zon pasaran dan perniagaan mereka

4.6 Penyekat Penyebaran Islam ke eropah

Kadar pertumbuhan orang Islam adalah lebih tinggi daripada masyarakat lain.Sebagai contoh.umat Islam di Palestin meningkat sekali ganda berbanding pertumbuhan orang yahudi menyebabkan mereka bimbang dan menjalankan oelbagai rancangan agar umat Islam dihapuskan samada dengan pembunuhan beramai ramai seperti di Bosnia atau program keluaga terancang seperti di Mesir.

Kebimbangan mereka ini menyebabkan mereka aktif menyebarkan dakyah kristian dan ajaran mereka seterusnya mengkristiankan orang orang Islam supaya orang Islam tidak berhijrah ke Negara-negara mereka dan seterusnya menyebarkan agama Islam.

KESIMPULAN.
Dari sini kita sudah dapat melihat betapa jeliknya perancangan-perancangan mereka dalam memastikan agama Islam ini lenyap dimuka bumi ini. Tetapi sebagai umat Islam yang punya keyakinan pada janji janji Allah kita seharusnya percaya bahawa Allah tidak akan membiarkan agama Islam ini lenyap begitu sahaja. Sebagaimana firman Nya
“Sesungguhnya orang orang kafir itu ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka dan harta mereka.Dan Allah la yang menyempurnakan cahayaNya walaupun orang-orang kafir membencinya”
Surah As Saf
So, sama-sama lah kita memasakkan azam kita untuk membela agama Allah di zaman penuh fitnah ini dan semoga kita akan sentiasa mendapat pertolongan dan rahmat daripadaNya….

Sekian,
Faqir Ilallah,
Tengku Abdul Kadir Bin Tengku Zainal Abidin,
Tahun Dua, Universiti Ain Syams, Cairo.
Mesir.

2 comments:

Unknown said...

salam..boleh saya taw rujukan yang saudara guna? saya nk cari rujukan tersebut untuk menyiapkan assgnment saya..terima kasih..

Unknown said...

assalamualaikum.. boleh tahu rujukan saudara dari mana? saya perlu menyiapkan kertas kerja.. jazakallahukhairankathira.