Monday, December 1, 2008

kepada allah kita kembali

"TOLONG...! Aku tak mahu ke sana, tak mahu !"

Rumah besarku, isteriku yang masih muda, anak
kembarku yang comel, aduhai... segala
kesayanganku, aku tidak mahu berpisah!

'Tinggalkan saja aku di rumah besar ini, rumah
yang aku beli hasil dari penat lelah ku sendiri."

"Hah... apa katamu? Hasil penat lelah mu? Kau
boleh tutup pada pandangan manusia tapi kau tak
boleh menipu aku!"

Siapakah gerangan yang berani mempersoalkan
hal aku? "Dengan duit apa kau beli rumah ini?
Masih kau ingat?"

"Ya... duit gaji yang kukumpul setiap
bulan.""Ha...ha... duit gaji!!! Duit gaji RM3,000
sebulan untuk membeli rumah yang sebesar ini?"
suara itu seakan mengejek.

"Aaaa... duit bisnesku, ya...ya...duit bisnesku."

"Duit bisnes?" Ah... kenapa suara itu datang
menggangguku? Bukan urusannya untuk campur
tangan.

"Apa kau lupa pada peristiwa di pejabat mu
tempoh hari? Apa yang Tauke Ali Baba selitkan ke
dalam hamper? Kau ingat aku tak tahu?"

"Aaaa... itu hadiah darinya untukku, tak salah
kan?"

"Rasuah tak salah? Duit riba tak salah? Siapa
yang mengajarmu?" Kulihat ramai orang yang
datang, kemudian aku mendengar suara orang berbisik.

Pak imam berbisik sesuatu kepada Tok Siak.

"Kerandanya dah siap?"

Tok Siak menganggukkan kepala. Eh... Eh ke
mana nak dibawa aku? Aku tidak mahu pergi.

"Kau akan ke rumahmu," Suara itu datang lagi.

"Mana aku ada rumah lain?" "Rumahmu nanti
hanya satu liang lahad yang sempit, dan gelap-
gelita." Aku takut. Ah... tentu rimas berada di situ,
aku tidak mahu! "Apakah kau mahu tinggal di
rumah besar ataupun di sebuah istana?" Suara itu
mengujiku. Ahh.. tentu saja aku mahu!

"Ha... ha... berangan mahu tinggal di rumah
besar.?"

Kenapa tertawa? Tidak layakkah aku tinggal di
istana besar? Begitu berani dia memperlecehkan
kedudukanku. Tidakkah dia tahu bahawa aku
sering mendapat tempat istimewa dalam majlis!

"Darjat dan pangkatmu sudah tidak bernilai lagi.
Darjat yang kau perolehi itu telah menjahanamkan
dirimu. Kau menjadi orang yang ego, bakhil,
memandang rendah pada orang lain." "Kau tahu
istana itu untuk siapa?"

Pelik, kenapa aku pula yang ditanya! Mana aku
tahu.

"lstana itu hanya untuk mereka yang mengEsakan
Tuhan. Kau tidak memenuhi syarat-syaratnya."

"Aku sembahyang, puasa malah aku sudah
bergelar haji!"

"Apakah kau fikir hanya itu tuntutan sebagai
seorang Islam? Setiap hari orang rumahmu
membuang sisa-sisa makanan sedangkan pada
waktu itu anak anak jiranmu kelaparan tiada
makanan. Kau tahu apa balasan yang bakal kau
terima nanti?"

Apa alasanku untuk membela diri ?
Ohhhhhhhhhhhhh...

"Baiklah kita angkat sekarang tapi perlahan-
lahan," Sayup kedengaran suara Pak Imam.

Rumah besarku tersergam indah di depan mata,
namun...

Tinggallah segala kesayangan. Har ini isteriku
menjadi janda, anak-anak ku menjadi yatim.

"Demi Allah, aku tidak akan kembali lagi.
Janganlah mereka disakiti."

Kutatap satu demi satu wajah wajah di
sekelilingku. Semuanya murung. Langkah-langkah
mula diatur. Aduhai... kesayanganku.

"Wahai kesayanganku, saudara saudaraku, aku
telah diperdayakan oleh dunia. Ambillah iktibar
atas kematianku ini. Aku kini menyesal tapi
segalanya tak bermakna lagi."

Siapa itu yang masih tersenyum melihat jasad ku?
Sungguh kamu akan menyesal nanti. Tertawalah
hari ini, pasti besok kamu akan menangis...

No comments: