Saturday, January 24, 2009

Masih Palestin Jugakah yang Salah?

qunut-nazilah


Maksudnya Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Kecewa melihat dunia Islam hari ini. Semua diperbodohkan Yahudi. Takut hendak melawan Yahudi terang-terangan.

Kita umat Islam di Malaysia, apa yang telah kita buat? Sedih mendengar kisah yang adikku cerita tentang khutbah Jumaat tengah hari tadi. Adikku kata, dalam kesyahduan mendengar khutbah mengenai Palestin, ada juga yang gagal ambil pengajaran. Siap terlelap lagi tatkala khutbah dibacakan. Subhanallah, macam mana nak berjuang ni? Dengar khutbah pun boleh akur dengan bisikan syaitan…

Bertambah sedih melihat suasana Subuh di negara tercinta ini. Berapa ramai rijal-rijal kita yang sanggup bangun awal bagi menunaikan Subuh di masjid? Macam manalah puak kuffar nak merasa gerun melihat umat Islam? Umat Islam dah hilang identiti…

Sedih juga melihat kanak-kanak sebaya diriku di Malaysia ini. Tatkala sahabat-sahabat kita di Palestin kelaparan, kita sanggup buang-buang makanan. Asal perut dah tak larat nak masuk, kita buang je makanan-makanan tu. Sewaktu sahabat-sahabat sebaya kita sedang berjihad di Palestin, kita bersenang lenang pula berhibur dengan televisyen. Cerita itu, cerita ini… Sedarkah kita itu salah satu cara untuk Yahudi melemahkan kita?

Mungkin ada antara kita berpendapat Palestin salah sebab tak patuhi perjanjian, pengganas, dan lain-lain. Benarkah Palestin yang menzalimi? Hayati statistik di bawah yang diambil dari ifamericansknew..

Nak lagi banyak maklumat, anda boleh rujuk link ifamericansknew dan inminds untuk mengetahui senarai bahan boikot.

children-killed

Daripada 20 Sep 2000 sehingga kini, lebih 1050 kanak-kanak Palestin syahid manakala hanya 123 kanak-kanak Israel terbunuh.

deaths-index1

Hanya 1062 warga Israel terbunuh manakala sekurang-kurangnya 4876 rakyat Palestin menemui syahidnya di medan jihad dari 20 Sep 2000 sehingga kini.

homes

Daripada tahun 1967 sehingga sekarang, 18147 umat Palestin dirampas rumahnya, manakala tidak ada satupun rumah warga Israel yang dirampas.

injuries-index

Bermula pada 29 Dis 2000, hanya 8341 orang warga Israel yang tercedera berbanding dengan rakyat Palestin, 33,034 orang.

Subhanallah, lihat angka-angka ini. Masihkah rakyat Palestin dikambing hitamkan? Butakah kita? Siapakah pengganas sebenarnya?

Akhirul kalam, bantulah mereka dengan doa sekurang-kurangnya. Kawallah nafsu kita daripada membeli barang-barang keluaran mereka yang mendokong perjuangan Israel.



Dari: anamukminah


No comments: